Monday, June 09, 2014

# Bangi Golf Resort # Buffet Ramadhan

BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT


Assalamualaikum!

Sabtu lepas, Anim bersama keluarga dan akan blogger lain telah berkesempatan membuat food review sambil menikmati kelazatan dan keaslian juadah berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Senang je nak cari Bangi Golf Resort ni. Kalau dari arah KL terus amik jalan ke Lebuhraya PLUS menuju ke Selatan, masuk kat Exit Kajang pastu korang dah boleh jumpa papan tanda ke Bangi Golf Resort. 

Paling nak senang hidup, gunakan aje Waze tu hehehe.




Harga yang ditawarkan? Cuma RM50 untuk orang dewasa & RM25 untuk kanak-kanak. Menarik bukan! Dan bukan itu saja, hidangan buffet ramadhan di sini juga menawarkan pelbagai jenis makanan popular tempatan, barat dan Cina.

Dengan lebih 200 jenis hidangan yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini.

Antara hidangan istimewa yang bakal dihidangkan kepada pengunjung sempena Buffet Ramadhan :









Turut tidak ketinggalan kuih muih tradisional Melayu dan kek serta manisan yang pasti membangkitkan selera.




Antara signature dish di Restoran Bangi Golf Resort ini, menyediakan kambing panggang yang memang menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini. 

Daging kambing lembut dilimpahi dengan black pepper sauce yang hebat! Even, anak Anim yang sulung pun cakap kambing panggang di sini sedap! Dan, yang pelik lagi ini merupakan kali pertama dia merasai daging kambing!

Marveles!!




Antara makanan yang menarik perhatian ramai orang malam tu, ialah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma! Demi menjaga keaslian dan aromanya, ia hanya disediakan sendiri oleh chef.

Jangan risau, memang senang je tengok chef ni buat. Anim berpeluang merasai kedua-dua hidangan pembuka selera ala Western ini dan tidak ragu lagi ianya sedap! (^_^)

Untuk makluman semua, Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma ini merupakan satu-satunya hidangan di Malaysia dan hanya terdapat di Restoran Bangi Golf Resort! 

So, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!




Satu lagi daya penarik yang terdapat di Restoran Bangi Golf Resort ini ialah, pengunjung dapat menyaksikan sendiri para chef kita menunjukkan kemahiran masing-masing memasak dan menyediakan makanan.

Pastinya, ini dapat menjamin kesegaran dan aroma makanan itu sendiri. 

Oh ya, jangan tak tahu Bangi Golf Resort juga menerima tempahan perkahwinan, makan malam, seminar dan majlis keraian juga.




Selain variasi makanan yang menarik hati,  Restoran Bangi Golf Resort juga sangat menekankan keselesaan pengunjungnya. Ruang solat yang selesa, tandas yang bersih dan dewan makan yang santai serta menceriakan suasana pasti menambah keriangan menyambut Ramadhan nanti.

Lagi satu, anda tak perlu risau dengan masalah parkir, kerana Restoran Bangi Golf Resort telah menyediakan lebih 500 ruang parkir menjelang Ramadhan nanti.

Marveles!!



Alhamdulillah, Anim dan keluarga serta rakan-rakan sangat berpuas hati dengan makanan yang ada di sini. InsyaAllah tentunya kami akan kembali ke sini Ramadhan nanti.

So, jika anda masih tercari-cari tempat berbuka puasa yang sesuai untuk anda seisi keluarga, maka jangan ragu lagi jangan mencari lagi. Semuanya ada sini di Bangi Golf Resort! 


Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:


Luliy Shalwani 
( 016 267 8284 ) 

atau 

Siti Zawiah 
( 017 316 9316 )

atau

+[60] 03 – 8925 3728


Alamat :

No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.

GPS Coordinates :

2.95716N, 101.76518E


Website/Facebook/Email :




bgb.bangigolf@gmail.com



Waktu operasi :

6.30 am - 9.30pm Daily




16 comments:

  1. berpatutan jugak harga tu hanim,,seronok nya dapat join bloggers tu

    ReplyDelete
  2. wah.. boleh tahan menunya ea...

    ReplyDelete
  3. bestnya... menarik makanan kat situ.. macam nak pergi jer.. :)

    ReplyDelete
  4. hi, kita pom pergi ritu.. tegur kt sini jela. hehehe

    ReplyDelete
  5. memang tak tahu nak letak kat mana makanan yang banyak nie....daging gambang panggang tu sure sedap....

    ReplyDelete
  6. best kan ....anak moon pun makan kambing tuh banyak ...

    hai awak ....( lambai2 tangan )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak moon *lambai2 kenyit2 mata* hehe :D

      Delete
  7. Banyak betul menu dia..sangat berbaloilah berbuka kat sini kan..menu pun sedap² tu

    ReplyDelete
  8. Berbaloi... makanannya pun sungguh menyelerakan.. Thanks sharing info Anim.. mmg menarik utk pergi ni.. :)

    ReplyDelete
  9. Wow menyelerakan... mmg kena pergi ni berbuka puasa.. mmg menarik.. Thanks sharing Anim.. :)

    ReplyDelete
  10. Wow... puasa dah dekat dan tak sabar nak mencuba buffet yang di tempat yang sedap-sedap.

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan. terima kasih atas info ini, menarik dan menyelerakan. Norzi dah follow hanim. follower 886 . kalau tak keberatan , hanim boleh follow blog norzi di

    http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/
    atau
    http://norzifoodilicioushouse.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Salam...siapa2 nak dapatkan harga istimewa n murah blh contact no. ini... Confirm blh runding harga special.

    Cik Suliani : 017-2661092

    ReplyDelete

Apa kata korang?