Sunday, June 15, 2014

# Random Thought # Something in my head

Cerita Pendek 3 Hari - Random Stories #1



Assalamualaikum!

Setelah 3 hari aku tak bersiaran di blog kesayanganku ini, akhirnya dapat juga aku spend time a little bit here. Macam-macam yang terjadi kat aku 3 hari ni. Ada yang best, ada yang sedih, ada yang meluat dan ada dugaan yang terpaksa aku dan family tempuhi.

Part sedih & meluat tu aku tolak tepi je la. Biar aku simpan sendiri hehe.

Start hari Jumaat lepas aku dah tak hadap blog. Pagi, sibuk ngemas rumah dan packing beg baju. Nak uruskan anak-anak, masak breakfast dan tapaukan bekalan makanan tuk diaorg. 




Day 1- Putrajaya


Tengaharinya, aku berkejar pulak ke Menara TM untuk bersama rakan blogger lain bertolak ke Putrajaya untuk satu majlis pelancaran hair product selama 2 hari 1 malam. Ini adalah julung-julung kalinya penglibatan aku sebagai beauty blogger bersama Adik Nanie.

Nak tahu hair product apa yang aku maksudkan? Nantikan kemunculan entri aku ye (^_^)

Sepanjang 2 hari aku berkampung di hotel Shangri-La, Putrajaya ni, banyak perkara lucu yang terjadi pada aku. Excited tu jangan cakapla, seronoknya tak boleh digambarkan dan peluang dapat jumpa ramai blogger lain di sana.

Nantilah aku ceritakan lebih panjang dalam entri lain ye (^_^)


Day 2 - Putrajaya/Rumah


Dalam seronok-seronok tu, ada gak dugaan yang datang menjengah hehe. Pendekkan cerita, aku terbawa dua set kunci rumah ke Putrajaya. Langsung Pak Jelan membebel dalam tepon hehe. Redha je la, dah aku yang salah. 

Padahal pakwe tu dah bagi warning order dah awal-awal suruh tinggalkan satu set kunci dalam kereta, aku yang dok menggelabah angkat beg tak teringat nak kuarkan kunci rumah. Bila tiba kat hotel, godek punya godek dalam beg, baru aku perasan dua-dua set kunci ada kat aku! Hurmmm T___T

Kesian Pak Jelan dan anak-anak, terpaksa ke Putrajaya pulak malam tu untuk amik kunci rumah kat aku huhu.

Citer pasal hotel pun tak habis lagi ni hehe. Memula sampai, kami ingatkan dua orang kongsi satu bilik, tetiba event manager cakap satu bilik satu orang! Woaaaahhh! I loiiikkeeee hehehehe. 

Yang ni pun nanti aku kongsikan dalam next entri aku (^_^)

Balik dari Putrajaya, malamnya aku bawa family tengok wayang kat eCurve, Damansara. Kira macam family treat gitu kan hehe. Ni pun 1st time kakak & adik tengok wayang dalam panggung. Dan, kali pertama kami kuar sehingga lewat malam hehehe.

Nak tau kami tengok wayang apa, nanti aku citer lagi yek ^_^


Day 3 - Rehat

Sebenarnya, aku masih takda kudrat nak menaip apa-apa entri hari ni. Penat semalam pun tak habis lagi hehe. Tambah anak-anak taknak berenggang ngan aku ... rindu sangat kot ibu takda 2 hari ngan diaorg. Aku pun rindu diaorg selama ada kat sana. Walau macam mana seronok pun duk hotel besar, tapi bila malam-malam nak tido tu mesti teringat kat diaorg.

So, hari ni last day untuk diaorg bermain dan menghadap segala cerita kartun kat tenet. So, aku bagi chan la at least aku pun boleh hadap blog ni juga kan hehehe.

Artikel pertama yang aku baca kat blog hari ni memang mengejutkan aku! 3 hari aku tak update, macam-macam dah berlaku dalam dunia blogging ye. Terbaru, aku baca kat SINI, yang Abg Ensem akan berundur dari dunia blog??

Dari apa yang aku baca, Abg Ensem telah membentuk prospek baru dalam bidang hartanahnya dan berhasrat untuk mengembangkan lagi bisnes sedia ada. 

Hurmm ... takpe takpe yang ni pun aku akan citer dalam entri lain nanti.


So, basically itulah yang aku lalui sepanjang 3 hari ni. Tu pasalla aku tak sempat-sempat nak update blog ni. Dan, aku ni jenis tak berapa suka guna auto-publish entry sebab aku suka citer secara 'live' gitu hehe.


Terima kasih pada korang yang singgah dan menyumbangkan komen-komen di entri-entri lama aku. InsyaAllah akan aku balas komen-komen korang satu persatu k. 

Selamat berhujung minggu! (^_^)


15 comments:

  1. Hahah, janji dapat update jugakan kak. ena sejak berokband ena ni speed slow, langsung tak boleh nak blogwalking selalu. Ni pun terpaksa buat hotspot. Huaaaaaaaaaaaaaaaa. Apapun, semoga Allah permudahkan urusan kehidupan akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah tenet slow pun memang problem besar bagi kita blogger2 ni kan. Terima kasih atas doa ena, aaaminn. Doa yang sama untuk ena agar segala urusan dipermudahkan Allah....aaminn.

      Enjoy your weekend dear! ^^

      Delete
  2. Tak sabar menanti kisah2 yang Hanim katakan tu :)

    ReplyDelete
  3. Banyak kisah bersiri nie ..kita tunggu....

    ReplyDelete
  4. Ibu mana tak rindukan anak2nya kan...terbaik la....

    Entri terkini MINDAKABUR : Berangan Nak Jadi Perisik

    ReplyDelete
  5. wah bestnya hanim.. perasan pic hanim dalam FB kak RM.. tak sabar nak tunggu full story.. =D

    ReplyDelete
  6. Pasti bnyk pengalaman menarik yg boleh dikongsikan ni nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. singgah sini.. macam2 cerita dalam 1 entri :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?