Checklist Ramadhan

Thursday, June 26, 2014


Assalamualaikum!

Tinggal beberapa hari je lagi kita dah nak melangkah ke dalam bulan penuh barokah bulan Ramadhan. Selalunya, rutin bulan Ramadhan yang aku ingat nak buat ialah solat Terawih di samping solat wajib 5 waktu dan bayar zakat fitrah.

Itupun kadang-kadang aku terlupa nak buat yang mana satu dulu atau dah buat ke belum. Maklumla, selalunya kita ni lebih pentingkan benda-benda remeh dari perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan dalam bulan Ramadhan.


Padahal inilah masa dan ketikanya kita nak rebut pahala banyak-banyak selagi kita bernafas sebab kita tak tahu samada Ramadhan ini Ramadhan yang terakhir buat kita.

Kalau kita dok sibuk buat kuih, sibuk menjahit dan fikir apa nak masuk sahur atau berbuka bila masanya plak kita nak perbaiki ibadah kita.

Eh aku tulis ni untuk peringatan aku jugak tau. Tak bermakna aku ni perfect segala! Jangan ada yang salah faham k, benda yang baik kita saling peringat.





Anyway, aku terima satu emel dari sahabat yang telah bermurah hati berkongsi checklist apa yang perlu kita lakukan dalam bulan Ramadhan. Kalau dulu, yang kita tahu banyakkan membaca al-quran, berpuasa, solat berjemaah dan zakat kan. Kadang-kadang kita pun terlupa dah buat ke belum kan.

Senang checklist ni kalau ada, boleh print dan tampalkan kat dinding atau letak kat opis. Checklist ini juga boleh kita jadikan sebagai motivasi untuk melatih diri kita menjadi lebih tersusun dalam merancang ibadah dan memantapkan lagi iman dan ketaqwaan dalam diri...insyaAllah.

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua dapat merasai kenikmatan beribadah dalam bulan penuh barokah ini.



You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Mmg bagus & perlu ada checklist Ramadan mcm ni. Taklah kelam kabut nnti jadinya. T kasih atas perkongsian & peringatan Anim.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 sharing kenit.. bagus jugak adanya checklist macam nie... =D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM