Monday, June 30, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Haiwan Peliharaan Pertama Kakak & Adik


Assalamualaikum!

Salam Ramadhan aku ucapkan kepada seluruh umat Islam yang berpuasa. Macam mana puasa hari ini? ok tak? Mestilah ok kannnnnn! Puasa baru dua hari, harap2 semua yang boleh berpuasa dapat penuhkan puasa anda ye. Yang tak nak berpuasa atau tak puasa tanpa sebab dan alasan munasabah, silalah ketuk kepala anda dengan penukul ye.




So, finally kakak & adik ada haiwan peliharaan sendiri. Sebelum ni, diaorg nakkkkkkkk sangat bela kucing. Aku takda masalah malah aku pun sayang kucing, in fact aku pernah bela 8 ekor kucing dulu masa zaman sekolah. But, Pak Jelan cakap belum masanya lagi nak benarkan diaorg bela kucing dalam rumah ni. So, kita start dengan yang kecil dan mudah dulu hehe.

Jadi, kebetulan kakak & adik dapat ikan FREE masa gi Putrajaya hari tu, kami amik kesempatan ini untuk jadikan ikan-ikan tu haiwan peliharaan kakak & adik yang pertama. At least, diaorg ada memories tentang ikan ni nanti kan hehehe.



Balik je dari Putrajaya, kami singgah di kedai haiwan belakang umah. Kakak & adik jangan cakap la diaorg punye eksited tengok ikan berenang-renang dalam akuarium kat dalam kedai tu. 

Aku belikan ubat anti-klorin, bunga plastik kasi hias sikit dalam akuarium tu takda la ikan-ikan tu boring duduk dalam 'rumah' kosong' kan hahaha. Pastu, belikan palet ikan yang kecik tu.




Disebabkan kakak & adik beria benau nak membela ikan gupi ni, maka kami bagi chan la, tengok berapa lama ikan-ikan ni boleh hidup di bawah jagaan diaorg muahaha.

Dan opkos la aku yang akan monitor segala perkembangan ikan-ikan gupi ni. Disebabkan akuarium kami ni 'canggih', maka aku kena tukar air 2-3 hari sekali bergantung kepada tahap kekeruhan air hehehe.

Tugas kakak & adik bagi makan dan kira berapa ekor ikan yang masih hidup muahahaha :p




Dalam balang akuarium ni ada 3 ekor ikan sebenarnya, tapi yang sekor lagi aku tak nampak dalam gambar ni hehehe. Suke nau masing-masing tengok ikan-ikan tu dah ada 'rumah' sendiri. Cantik pulak tu!

Pandai ibu hiaskan kan kan kan kan!! 




Masa hari pertama & kedua, ikan dok ada 3 ekor. Masuk hari ketiga, sekor ikan gupi telah mati tanpa diketahui punca kematiannya (muahaha!) 

Yang paling sedih, adik la pasal dia ingat yang mati tu ikan dia. Padahal, dia pun tak tahu yang mana satu sebenaqnya ikan dia hahaha. 




Yang paling aku terkesan sekali, ialah bila Mira cakap ....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


"buuuu ... ikan ni mati dah ke bu? Bila ibu nak goreng?"



T_____________________T



7 comments:

  1. alaaa. ikan mcm ni mmg cepat mati. dulu kecik2 dulu pun slalu bela ikan ni..

    ReplyDelete
  2. saya dulu suka gak bela ikan guppy ini..nak bela dia tak susah sangat cuma yang tak best dorang nie cepat mati..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Apa kata korang?