Wednesday, June 11, 2014

# Luahan Hati # Something in my head

Kesudahan Kisah Anak & Bapak


Assalamualaikum!


Selepas 'konflik' dengan bapaknya hari itu, aku tak lagi mendengar perkhabaran dia dan bapaknya. 

Tup tup kelmarin, aku dapat panggilan telefon dari dia dan kedengarannya lebih tenang dan ceria dari panggilan sebelumnya. 

Aku : "pergi mana? lama menghilang?"

Dia : "aku balik kampung..."

Aku : "la ye ke? habis tu bapak ko camne? dia masih merajuk lagi?"

Dia : "actually, aku balik kampung hari tu dia tak cakap apa pun dan tak merajuk pun. Tengah dok borak-borak kat laman rumah, tetiba dia minta maaf ngan aku pasal kes hari tu ... aku terdiam."

Aku : "Allahurobbi .... "

Aku pun turut terdiam masa tu. Aku tak tau nak respon apa bila dia cakap macam tu. Aku rasa malu ... sebak ... hiba sangat masa tu. Kalau aku dalam situasi macam tu, mau aku menangis peluk abah aku T__T.

Can you imagine? seorang bapak sanggup minta maaf kat anak dia setelah merasakan dia mungkin telah menyakiti hati anak itu. Ya Allah .... sucinya hati seorang bapak.

Aku : "beb ... kalau aku jadi ko, aku rasa malu sangat. Aku akan nangis kat situ jugak! aku tak sanggup tanggung perasaan bersalah mendengar ucapan maaf dari seorang ayah."

Dia : "Aku tau... aku pun hampir nak nangis masa tu tapi aku tahan. Aku pun tak sangka bapak aku akan cakap macam tu. Aku pun takda merajuk ngan dia dah pun. Mungkin dia perasan suara aku macam nak nangis hari tu kot."

Aku : "Kan aku dah cakap ngan ko, jangan ambil hati bila mak bapak kita marah atau tegur kita. Mereka marah tak lama, dan kalau pun kita terasa hati ngan diaorg jangan sampai hati kita membenci. Bapak ko tetap sayang ko walaupun ada masa dia marah atau cakap lepas. Tapi, akhirnya hati orang tua tetap lembut"

Dia : "tu la ... aku pun rasa bersalah gak bila dia cakap minta maaf macam tu. Aku cakap balik kat dia, bukan salah dia. Cuma aku je emosional hari tu"

Aku : "Hurmm ... baguslah korang dah berbaik semula. Harap pasni, ko jangan amik hati lagi kalau bapak ko tegur atau marah ko. Jangan sampai ayah kita yang minta maaf dulu kat kita beb, kalau aku ... aku akan rasa bersalah hingga ke hujung nyawa tau dak."

Alhamdulillah, aku gembira akhirnya konflik anak ngan bapak ni dah selesai. Aku dah cakap dah kan, orang tua mana nak marah lama-lama. Kadang-kadang tu mungkin ada yang terlepas cakap tapi hati dia tak berniat pun macam tu.

Sebagai anak, kena banyak bersabarlah dengan mereka. Kita pun sok lusa mungkin macam tu jugak ngan anak-anak kita. Kalau kita tak latih sabar dari sekarang, macam mana anak kita nak bersabar ngan kita nanti?



#pray4MH370

11 comments:

  1. mak bapak marah untuk kebaikan kita dan mungkin ada yang tak kena pada pandangan mata diaorang terhadap kita, betul tu dia, kalau mak bapak marah, kita jangan ambil hati sangat... parents... they always love their children no matter what kann???

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah, tapi darah orang muda bila ditegur sikit memang senang meggelegaknya. Apapun, semuanya dah selesai...orang tua marahnya tak lama :))

      Delete
  2. Best gak baca...masalah apa dia org spi seliseh phm cam tu?...soalan x bape cedik ni....ada sambungan eaaak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baca dari episod awal kat link atas tu hehe. Kalau ini citer novel haruslah ada sambungannya hehe tapi ni citer betul2 punya kejadian maaa! hehe.

      Delete
  3. Betul tu Hanim, sebagai anak kita kena sabar...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Ena hapi hubungan dia dengan ayah dia dah elok. Apapun, air yang dicincang takkan putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true Ena, akak pun happy mereka dah berbaik semula. Harap jadi pengjaran buat kita ni yang masih muda untuk sentiasa lebih bertoleransi dengan ibubapa kita :))

      *muda lagi ke aku ni* ahakssss!

      Delete
  5. Org tua ni klu marah mcmmana pun sebab sayang.. bukan membenci...semoga anak2 ni faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea abg khir, itulah yang jarang sangat orang nak faham tu. Hati terluka dimarahi atau ditegur, itu perkara biasa dalam kehidupan.

      Yang penting, kita kena tunjukkan kita sayang mereka no matter how angry they are to us kan :))

      Delete
  6. Sayang anak nasihat-nasihatkan...

    ReplyDelete

Apa kata korang?