Tuesday, June 03, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Lepas 30 Hari ....


Assalamualaikum!

Akhirnya, penyelesaian kepada masalah telah dapat diatasi! Sudah tiba masanya ibu mengajar kakak erti kehidupan sebenar, yang hidup ini tak selalunya mewah bila berbelanja!

Dannnn ibu nak kakak melihat sendiri keindahan berjimat dan menabung sejak kecil, mana tahu nanti boleh beli cincin doplohpatjuta ke (haipp! haipp!) kuikuikui~





Hari tu ibu dah kata, kakak kena tunggu 30 hari lagi, baru boleh kira dan beli apa yang kakak nak. Dalam proses menabung tu jugak, ibu usahakan untuk cari tabung yang sesuai untuk kakak.

Tabung 'dragon' tu bukan takleh pakai, tapi spacenye sempit nau. Kejap je dah penuh kalau masuk syiling, masuk duit kertas terus 'tersumbat'! hehehe.

So, masa hari repot kad kakak hari tu ibu buatkan kakak buku bank dan dapat FREE tabung Bank Simpanan Nasional (BSN) Edisi Terhad ni! 



Comel tak? Edisi terhad ni! kat kedai takda tabung cenggini hehe. At least, boleh tahan lama jugak kan tak perlu jolok-jolok ngan lidi kasi duit tu masuk dalam hehe. Dengan simpanan serendah RM50, dah boleh dapat tabung ni FREE.

Mulanya aku ingat nak daftar dengan RM10 je, tapi dapat buku bank je la. Pak Jelan cakap, alang-alang menyeluk pekasam, bagi je RM50 boleh dapat tabung terus. Takyah nak gi beli kat kedai dah.





Haa siap ada plate no. lagi uolls! muehehe. Dah la cermin tinted, langsung tak nampak orang dalam ekekeke. Harap-harap tak kena 'saman' ngan pak polisi :p






Bukan main excited lagi kakak dapat tabung baru hari tu. Semangatnya nak menyimpan duit meluap-luap, sampaikan hari-hari mintak aku duit syiling muehehe. Bukan begitu cara menyimpannya nak! Tapi, kadang-kadang aku kasi kelonggaran sikit pada kakak supaya dia tak lupa menabung.

Ibu dulu guna tabung buluh je kak, balik kampung time raya amik buluh lemang yang masih elok tu, suruh atok kapak buat lubang pastu masukkkan duit. Agak-agak nak beli eksrem cornetto, ibu goncang-goncang la tabung buluh sampai kuar duit syiling, tak pun ibu cungkil ngan lidi bhahahaha!

Jangan buat macam ibu ye nak .... :D




Inilah hasil dari tabungan kakak. Jumlah asal dalam RM34++ gitu, tapi ibu tambah sikit la genapkan RM50. Ada hari dia simpan banyak sampai sanggup tak makan di sekolah, ada hari dia melepak kat bookshop tu dan borong sampai tinggal sen sen je duit dia hehe.

Gitulah gamaknya budak nak membesar ye dop.

Semoga kakak istiqomah menabung untuk masa hadapan. Kita bukan orang senang, tapi kita juga bukan orang susah sampai tak boleh nak menyimpan.

#pray4MH370

8 comments:

  1. selamat menabung kakak, ash pun dah ada buku sendiri... he he he...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dah pandai dia menabung..:)

    ReplyDelete
  3. sifat menabung ni memang kene didik dari awal. kalo dh besar ni asyik nk berbelanje je.hehe

    ReplyDelete
  4. chaiyokk kakak..biar bertingket2 duit tue nanti.. ^__^

    ReplyDelete
  5. Bagus bagus. Tanam sifat menabung sejak dari kecil, ena pun sampai sekarang suka menabung

    ReplyDelete
  6. Selamat menabung... semoga sentiasa diberkati... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. Mesti seronok anak Hanim dpt tabung baru dan makin smgt menabung

    ReplyDelete
  8. Tahniah kakak... Bgus didik ank menabung dr kecik kn...

    ReplyDelete

Apa kata korang?