Mengapa Saya Suka Pergi Kenduri?

Thursday, June 12, 2014


Assalamualaikum!

Kalau ikutkan generasi muda remaja masa kini, diaorg memang tak suka layan-layan kenduri ni kan. Aku pun sama gak dulu. Kalau bab2 kenduri ni, cukup aku letih! hehe. Aku memang tak suka ikut mak & abah gi mana-mana kenduri. Tak kisah la, kenduri kahwin ke kenduri doa selamat ke kenduri sunat ke...

Eh, kenduri sunat memang aku tak pernah gi hehehe *ade ke orang buat kenduri sunat???*

Anyway, sejak aku duduk KL ni terasa sedikit kepiluan la sebab jaaaarang sangat aku nak dapat invitation kenduri hahaha. Bukan aku kemaruk nak makan lauk kenduri pun, tapi tetiba feeling nak 'bercampur gaul' tu datang pulak hehe.

Dulu, bab-bab datang kenduri ni abah & mak yang 'pegang'. So, aku tak pening sangat tapi bila diaorg dah duduk kampung dan hanya aku dan keluarga aje yang duduk di KL ni, terfikir jugak untuk ubah sikit perangai aku ni hehe.






So, bila jiran bawah datang rumah bagi kad jemputan kahwin anak dia kat aku, aku rasa 'wahhh! bestnyer gi tengok orang kahwin!' hehe. 

Ni gambar aku di majlis kenduri jiran. Lama dah, baru sekarang nak update hehe. Tak dinafikan aku ni kureng nak bercampur & berborak ngan jiran. Bukan masalah sombong, tapi pemalu sikit hehe.

Kadang-kadang teringin jugak nak berborak ngan makcik-makcik kat blok ni, tapi disebabkan kepenatan dan keletihan pulang dari keje membataskan hajatku huhu.






Tadi aku cakap makan lauk kenduri bukan motif utama kan? Tapi, kalau tak makan apekejadahnya lagi aku nak buat kat situ, takkan nak jadi penanggah pulak hehe. 

Walaupun, lauk kenduri dia banyak jenis dan sedap mata memandang, tapi kutahankan jugak nafsu makan aku ni, pasal nak simpan sikit untuk 2nd round! haha.

So, aku makan yang kat atas ni je la. Nasi pun sikit je amik. Tapi, aku puji ayam goreng lemon bersama madu tu, sodap la pulak!




Selesai kenduri walimatul urus, kami berkejar pula ke Taman Sri Muda, Shah Alam untuk menghadiri majlis akikah anak kepada rakan blogger yang dikenali ramai, sapa lagi kalau bukan kak ayuuuuuuu! hehehe.




Kali pertama aku berkenalan ngan kak ayu & suami, ialah masa SBB2014 hari tu. Nak jadi rezeki, kami duduk satu meja dan sejak hari itu, hubungan persahabatan terjalin baik. 

Jangan tak tahu, suami kak ayu atau kami panggil Abg Zam ni, terer memasak char kuey tiow! Ditakdirkan hari tu aku dan keluarga berpeluang makan char kuey tiow yang dimasak sendiri oleh Chef Zam hehehe.


Ini antara makanan yang kami makan hari tu. Cupcake memang kegemaran kakak & adik, sempat jugaklah diaorg perabih 2 biji seorang hehe. 

Kuih talam jangan cakapla, memang feveret aku!

Tapi, motif utamanya mestilah char kuey tiow kan hehe. Ni yang aku suka bila masak char kuey tiow guna kuey tiow halus! Baru terangkat selera uolls hehe. Lagi satu, aku geram tengok udang-udang tu .... very the juicy!

Tapi, sayang .... 




..... tak sampai 10 minit aku makan, char kuey tiow aku di'rembat' oleh kakak yang telio tengok aku makan tadi hehe.

Habis sepinggan tu kat dia je. Aku nak amik yang baru, malu la plak hehe. 




Nama pun kenduri akikah kan, maka wajiblah kita nak nengok baby bertuah tu. Inilah baby kak Ayu & Abg Zam. Comeiii! tembam pipi menggelebeh hehehe. 

Namanya Izz Ziqry Bin Zamri, aunty(rasa cam kekok je bahasakan diri camni hehehe) doakan semoga Izz menjadi anak yang soleh dan hidup sentiasa diredhai Allah s.w.t ... aminnnn.


Mintak gigit pipi sikit!! ^^




Bukan aku je yang 'geram' ngan baby Izz, Mira pun menahan 'geram' tengok ketembaman baby Izz heeeeee :D 




Yeaaa! inilah rakan blogger yang aku maksudkan, kak Ayu ^^. Sangat sempoi dan sederhana orangnya. Terima kasih kak sebab sudi menerima kehadiran kami sekeluarga di majlis akikah anak akak hari tu.

Alhamdulillah terlunas juga hasrat nak merasa suasana kenduri setelah sekian lama daku tak pergi hehe. 

Best jugak layan kenduri sekali sekala kan ^^



You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. akak pun suka jugak pergi kenduri...suka tengok pengantin hehe..tapi bila da duduk kat bandar nie jaranglah jugak dapat invitation wedding hanim...

    ReplyDelete
  2. hehe saya pun pasni nak kerap sket p kenduri..

    rajin nak bercampur gaul dgm masyarakat skg ni hehe

    ReplyDelete
  3. saya suka join majlis macam ni..yelah aktiviti bermasyarakat jugak kenduri kendara nih..masa ni lah dapat berbual2..

    ReplyDelete
  4. Bila dijemput seeloknya kita perlu hadiri :)

    ReplyDelete
  5. hehehe ena suka pergi kenduri sebab dapat makan free. Wakakakakakakaka. XD Tapi kadang ikut mood juga. Kalau malas nak bersiap, memang malas nak pergi

    ReplyDelete
  6. saya suke sebab dapat makan nasi minyak.. dah lama tak dpt jemputan..

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama. Suka juga pergi kenduri. Bukan kerana nak makan sangat pun. Atau nak melihat pengantin. Cuma sekadar mahu bersosial dengan masyarakat yang hari ni saya rasa semakin suntuk masa untuk beramah mesra. Maklum aje la, nak jumpa hari lain dah tentu masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya.

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan..

    Akk pun suka jgk gi kenduri..
    Esp kenduri kt belah kmpung hubs akk belah utara..
    Lauk2 derang masak sndiri..dan sedap sgt

    ReplyDelete
  9. Baru je g kenduri last week..hujung minggu ni ade lagi..

    ReplyDelete
  10. Kalau dah ada jemputan kenduri tu mesti hadirkan diri

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM