Menu Brunch - Nasi Lemak Sambal Paru

Thursday, June 05, 2014


Assalamualaikum!

Haaaaa inilah natijahnya kalau makanan breakfast dibawa makan time lunch hehe. Serius, memang sejak aku consume Ephyra (dah masuk kotak ke-2) ni, aku memang cepat kenyang! Selalu macam ni! :D

Biasanya, aku pasti akan tapau nasi lemak atau mihun goreng atau kueytiow goreng kat warung Pak Ayob untuk breakfast. Kadang-kadang aku makan kat sana je, tapi sejak aku amalkan minum Ephyra setiap pagi, aku nekad nak minum Ephyra dulu, pastu baru leh makan benda lain.




Kelmarin aku makan nasi lemak sambal paru dengan fillet ikan. Beli pagi, tapi makannya tenghari! haha. Aku kenyang sungguh pagi tu dengan hanya minum Ephyra! Dan, tengharinya aku takyah susah payah gi beli makanan lagi. Makan je nasi lemak ni hehe.

Sambal paru kat warung Pak Ayob memang menangkap kalbu! sedap woooo! Alaaaa dulu aku kan ada citer aku makan lunch sup tulang & ikan pari bakar kat situ jugak.

Sambal paru & fillet ikan memang kombinasi terbaik bila makan nasi lemak. Terlupa aku pada kueytiow goreng sekejap ahahahaha!




Inilah menu brunch aku hari ni. Nasi lemak jugak, tapi hari ni kita main ngan sambal ye hehehe. Semuanya merah belaka nampak kan, ni kalau hulur kat kakak ngan adik, geleng kepala rejek terus!! Diaorg 'trauma' sikit kalau nampak kaler merah-merah gitu hehehe.

Aku pernah try makan asam keping dari sambal sardin tu. Pak Jelan cakap bagus untuk pempuan tu, untuk dalaman katanya. Cewahhh! kemain pronya tetiba! hehe. Gigit dan makan sekali, perghhhh terkenyit-kenyit mata aku menahan kemasamannya! hahaha. 

So, selamat makan kepada yang nak gi lunch atau makan petang. Pada yang puasa hari ini, selamat berpuasa nanti nak buka puasa boleh cari nasi lemak lauk sambal paru ye hehe.


#pray4MH370


You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. wow ye? tahniah... berkesan ekk ephyra ni ?
    aida pun da nak start diet la...
    akhir bulan ni kan puasa dah...
    nak kena prektis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dengan ephyra insyaAllah boleh kawal nafsu makan hehe :D

      Delete
  2. Kira suka paru la ye..sama la kita..tp kaksura jarang makan nasi lemak..slalunya paru makan dgn nasi kerabu...untuk la ..jimat duit..x yah breakfast..hihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paru makan ngan nasi kerabu pun sodap kak! haha.

      Delete
  3. Ephyra ena dah habis dah. Ni rasa nak makan makan je. kalau ada Ephyra, minum ephyra je dah kenyang. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan ena, minum ephyra memang terasa kenyang sampai ke tenghari, akak dah banya kali 'terkena' camni hehe, tapi akak suka akak suka! :D

      Delete
  4. Wah, minum Ephyra boleh kawal nafsu makan yer... Nanti zumal pun nak amalkan Ephyra la, boleh kurangkan berat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaa zumal kan baru menang ephyra kan, boleh lah cuba pasni dan rasa sendiri kekenyangannya hehehe :D

      Delete
  5. Farah tak pernah makan paru la anim.. tak kena kat tekak.. hehehe - Tp tengok nasi lemak ngn fillet Ikan tue mmg nampak menarik la... =D

    ReplyDelete
  6. Hehe... Sy minum ephyra rasa cepat lapar... Mgkin kurg kesan knyg tu sbb mnyusu kot kn...hehe

    ReplyDelete
  7. Fuhh kecurrr... layan ptg2 ni pun sedap ni. Nice sharing Anim.. :)

    ReplyDelete
  8. fiza pun sama kak..kalau consume supplement kurang makan sikit.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM