Menu Buka Puasa - Pasar Malam Delights!

Thursday, June 19, 2014


Assalamualaikum!

So semalam aku bawa anak-anak ke pasar malam kat IKM (Institut Kemahiran Mara) kat Taman Maluri. Memang mostly every week aku akan singgah sana, tapi lately dek kerana kesibukan dan selalu sangat sampai umah lambat, maka semalam tu la baru pertama kalinya setelah lebih kurang ..... 2 bulan aku tak singgah!




Misi kami adalah mencari makanannnnn untuk berbuka puasa hehe. Yang puasanya sorang je ye, tapi beli makanan macam la tiga-tiga puasa!



1st gerai yang kami terjah ialah gerai jual chocolate moist ni. Ya Allahhh chocolate moist dia tersangat la moist! Aku memang cukup suka kek coklat ni dek non! Kek lain pun aku suka juga ye. Aaaaahhh pendekkan citer aku memang suka makan kek la hehehe.

Ko nak kek camner? nak piece by piece? nak sebekas terus? Kalau 1 piece harganya RM1.50/sepotong. Tapi, kalau nak makan ngan family, aku galakkan beli sebekas terus macam yang kat tepi meja dia letak tu. Harga cuma RM29/sebekas je dik non! Puas ko makan sampai naik muak kang hehehehe.

Of course, yang bestnya chocolate moist ni disaluti lagi dengan chocolate garnache yang halus dan berkilat tu! Fuh! sabar yek sabar.


Pastu kami ke gerai yang jual kueytiow goreng, mee goreng dan nasi goreng ni. Teringat dulu, aku rajin makan kuey tiow yang goreng dalam kuali besar-besar tu kan. Murah je masa tu, sebungkus RM1. Tapi, yang aku tak berkenannya, tiap kali makan mesti rasa dia tawar! Mengecewakan! Pastu aku tak beli dah ...

Tapi, semalam tergerak aku nak beli kat abg ni. Lagipun, nak nunggu char kuey tiow pujaan hati tu buka ntah bila la kan. Nak gi jauh dah tak sempat dah, kang nak berbuka!

Kuey tiow dia cuma RM2/sebungkus. Mak aiii banyak juga dia letak dalam sebungkus tu.

Dah dah jom balik umah, lagi lama aku kat sini lagi rabak poket aku hehe.




Air bandung tu aku punya, yang milo kakak & adik punya. Tapi, aku hangin semalam cam mana air bandung tu boleh bocor plak tinggal separuh je! Rupanya plastik bocor daaaaaaaa!




These are my kid's. Nugget, ayam goreng dan sosej memang kegemaran diaorg. Tak selalu bagi diaorg makan ni, so semalam kasi chan la hehehe. KFC pun dah berapa lama tak masuk, tunggu orang sponsor kot mihmihmih.


Kakak dah tenunggggg je nugget dalam pinggan tu hahaha :D

Kakak ni kadang-kadang lucu jugak, dia tengok kita puasa tak makan lagi, sanggup dia menahan lapar sama tunggu waktu berbuka. Bila ditanya kenapa tak makan, dia cakap nak tunggu makan ngan ibu sekali hehe. 

Yang adik pulak menonong masuk makanan dalam mulut, pastu kena marah ngan kakak sebab tak tunggu ibu sekali hahahaha.

Sungguh terharu dengan kasih sayang yang anak-anak tunjukkan ....




Haaaaa lama dah aku mencari kepok lekor ni. Aku beli RM3 je tapi sedapnya masyaAllah! Lembut dan sedap sampai aku terlupa nak amik gambar gerai pakcik tu. Aku syak dia berniaga anak beranak jual kepok tu kot.

Kepok begini memang selera aku! *thumbs up!*



Oh my cakoi! kegemaran aku sejak kecil. Tapi, payahnye la nak jumpa yang sedap ye. Mujurlah ada kat pasar malam dekat umah aku ni je ha. Tapi, spoil la pulak ... kuah dia tawar! Lupa taruk gula la tu.




Ohoiiii! inilah rupa chocolate cake yang aku citer tadi tu! Berkilat gitu dek non hehe. Aku beli 2 pieces je sebab aku tahu anak-anak aku dah kenyang makan nugget bagai tu kan hehehe. Bertuah ibu dapat anak-anak macam kakak & adik yang memahami ibunya nak melantak kek tu sengsorang :p



Lembut rasanya, pekat nikmatnya, cair dalam mulutnya dan menjilat sudu dibuatnya! Suke tak? suke tak?? ^^



Last but not least, kuey tiow goreng yang menjadi main course aku semalam hahaha. Amboiii! Dah macam-macam masuk, baru nak mention ada main course ye hehehe. Inilah rupa kuey tiow goreng yang aku beli tadi. Rasanya sedap ok, kiranya berasa la jugak masam dan masinnya compared yang dulu-dulu aku pernah beli!

Puas makan sorang ko! Suap kakak sikit, terus dia rejek sebab pedas katanya. Yang adik langsung geleng kepala rejek awal sebab dah kenyang makan nugget hahaha. Kan aku dah cakap senang je bela anak-anak aku ni, bahagia melantak semua yang di atas sorang-sorang huhuhu.

So, itulah keje aku semalam. Tunjuk gambar 2 gerai je kan, alih-alih makanan dok ada 4-5 jenis hahahaha. Well, kita mestila control cun & control slim selalu ye dak. Jangan tunjukkan kita kuat makan, suka makan takpe hehe.



You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. hahaha sian kakak tenung nugget hehehe

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya dan meriahnya makanan....

    ReplyDelete
  3. buat akak terliur seketika tengok gambo makanan nie..tak sabau nak pi bazar ramadhan..beli yang best2...heiei..belum papa setan dan menghasut ni...dush sekali.

    ReplyDelete
  4. wahhh macam dah puas betul2 je. Hehehehe.

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaaaa...alahaiii....x leh tahan tgok kek tu la Anim....bagus kakak..apa2 dahulukan ibu....

    ReplyDelete
  6. sedapnye kak! terliur dibuatnya
    lama x jenjalan kat pasar malam

    ReplyDelete
  7. kek coklat ituuuuuuu....!!!! geraaaamnye!

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete
  8. bila kita puasa nie makanan semua nampak sedap jer kan.. =D

    ReplyDelete
  9. Wahh... chocolate cake tu mengancamlah.. tengok gambar pun dah nampak sedap.. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM