Menu Lunch - Nasi Padang

Monday, June 02, 2014


Assalamualaikum!

Lama dah rasa tak mengomel pasal makanan kan hehe. Tunggu la, bulan puasa nanti insyaAllah berlambak entri pasal makanan kat blog ni hehe. Kalau tak citer pasal memasak, pasti cerita pasal apa juadah yang dibeli di bazar tu nanti.

Hari ni, aku gi keje naik putra je. Pak Jelan cuti 2 minggu sepanjang cuti sekolah ni, tapi tak sampai hati nak suruh dia hantar dan amik aku di pejabat setiap hari. Bagi chan la bebudak tu bangun lewat sikit cuti-cuti ni, atau sebenarnya nak bagi chan kat bapak budak ni bangun lambat?? hehe. 



So,korang pernah makan nasi padang? aku belajar makan nasi padang ni pun start transfer HQ ni 2 tahun lalu. Kat PJ ni berlambak gerai makanan yang sedap-sedap, cuma kena pandai pilih dan pandai bajet muehehe.

Aku pergi yang dekat ngan opis je. Ini pun mencurah-curah peluh aku turun naik bukit sebelum masuk ke gerai-gerai kat dalam carpark depan jalan besar tu ha. Boleh tahan makanan-makanan kat situ, murah dan sedap. Paling laku, aku rasa nasi kandar! Hari-hari orang beratur depan kedai, tapi takleh lawan la kedai tudung Fareeda siap boleh tido lagi kat kaki lima semata-mata nak dapatkan tudung tu huhu.

So, memula aku pun tak tahu apekejadahnya nasi padang ni ... macam nasi berlauk ke? Sebab aku dah biasa makan nasi berlauk masa duk Pahang dulu. Rupanya, lain sikit ... sama tapi tak serupa.

Begedil - aku sukkkeeeeeeeee sangat makan begedil! kalau ada nasi putih panas dengan begedil pun perfect dah bagi aku. Sedap sangat begedil ni dimakan sekali ngan nasi atau pun letak dalm mihun/mi sup kan.

Ikan patin - anak aku kan orang Pahang, so wajibla suka ikan patin kan! Eh, apekena mengena anak orang Pahang ngan ikan patin??? muahahaha! Anyway, aku suka makan ikan patin sebab isinya lembut! Taaaaapiiiii nak cari orang yang terer menyiang dan memasak ikan patin ni tak mudah sebenarnya. Ade yang aku makan hanyir! tekak rasa macam tertelan pasir! Terus kena banned kedai tu. Tapi, kedai yang jual nasi padang ni, ikan patin dia sodappppp! Seriously, takda bau hanyir segala! Lembutnya isinya yummy!

Sambal terung - aku masa kecik-kecik dulu tak suka makan terung. Tawar nak mampuh! tapi ntah la bila usia dah makin senja ni, makin suka plak aku pada sambal terung ni hehehe. Penangan mak aku masak la, maka aku jatuh cinta ngan sambal terung sampai la ni! 

Telur dadar - dari kecik sampai dah besar panjang ni, telur dadar memang kena ada la. Dulu masa kecik-kecik aku ni memilih makan! mak terpaksa gorengkan telur dadar untuk aku sebab aku cukup suka makan ngan nasi panas. Tambah plak ada lauk suhun .... pergghh! 

Nasi ni aku minta separuh. Memang makcik ni kalau kita tak cakap nak separuh, dia bantai letak sepenuh-penuh nasi dalam daun pisang tu. 'Tong' aku kecik je, tak celuih nak kasi masuk semua hehehe.

Korang tau berapa harga semua di atas ni? RM5 hengget je! Serius, kalau time tengah-tengah bulan dan korang nak save bajet,memang boleh sangat la! hehehe. Yang penting, pastu korang konfirm kenyang insyaAllah.




Sopan je makwe ni makan kan? pemalu sangat sampai tertutup-tutup mata dia (wakakakaka!)




You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. akak sambal terung je kurang minat skit..tapi sekali sekala makan...ok jugak kan

    ReplyDelete
  2. uishh sedapnya anim...oklah tu naik putra... cepat sampai rumah nanti ni... he he he...

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa kak. Serius, even ena study kat Pahang, tak pernah lagi ena makan ikan patin. Terliur seyhhhh

    ReplyDelete
  4. Lama zumal tak makan nasi padang... Masa kerja kat Alor Setar dulu memang selalu makan nasi padang sebab jiran dengan tempat keja zumal :))

    ReplyDelete
  5. Wahh nice2.. belum lunch lagi ni.. good idea hehee.. best tu.. :D :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM