Monday, June 02, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Projek Doodle Kakak Yang Pertama!


Assalamualaikum!

Haaa kan aku dah kata, anak aku ni jenis tak reti duk diam. Kalau time demam, tapi masih boleh bergerak bermain, tu maknanya dia boleh tahan sakit la tu.

Tapi, kalau dia diam terbaring tak bergerak tu maknanya dia memang tak boleh 'handle' sakit dia. Ada sekali tu, kakak demam agak teruk gak la, melepek terus atas tilam tak larat nak bangun. Time tu memang aku cukup susah hati! 

Aku lebih suka kalau dia demam, tapi still boleh bergerak bermain dan boleh buat sesuatu huhu.


Lepas jumpa doktor, tghmalam tu dia bantai demam. Esoknya, aku EL sebab taknak letak dia di taska. Badan panas macam tu, takkan nak harapkan dia jaga diri sendiri kat sana. Aku tak harap orang taska yang jagakan, dah la ramai lagi budak nak kena jaga ....

So, inilah projek kakak hari Khamis tu hehe. Bila sel-sel otak mula berhubung, maka timbullah idea dia nak melukis doodle! muehehehe.




Dalam tak sihat tu pun, tekun dia melukis. Siapa lagi yang jadi mangsa, kalau bukan ibunya hehe. "Kakak nak lukis gambo ibu la", katanya. Hurmmm lukis la nak, asalkan kakak bahagia :D

Ada masa, dia suka melukis atas kertas. Ada masa, dia suka melukis guna aplikasi Paint dalam laptop. Ikut mood dia la, mana yang dia suka. 




So, inilah hasilnya! "bu, dah siap. Gambar ibu pakai tudung ngan baju tido!", hahaha. Ooohh cantik sungguh baju tido ibu, kakak macam tau2 je ibu suka kaler merah dan purple hehehe.

Part gigi tu, kakak ada tanya aku macam mana nak buat. Ibu ni bab-bab melukis memang tak berapa nak pro sangat sayang, maka aku tambah je line bagi nampak gigi tu 'real' je la muehehe. Ok tak??




Kakak dan doodle pertamanya. 

Dan, ibu terpaksa blurkan 'prop' kat belakang (ekekeke), cuma 'prop' bantal busuk dan botol susu adik tu takleh nak elak la hehehe. 

Apapun, ibu terharu kakak still boleh buatkan doodle untuk ibu walaupun dalam keadaan kakak tak berapa nak sihat lagi. Love you my precious pearl! Semoga kakak dan adik sentiasa dilindungi Allah ...aamin.


#pray4MH370


8 comments:

Apa kata korang?