Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove

Monday, June 30, 2014


Assalamualaikum!

Keyakinan dan kecantikan dalaman wanita terserlah apabila dirinya bebas daripada masalah rambut gugur. Keguguran rambut adalah kebimbangan utama sebahagian besar wanita yang membuatkan seseorang wanita itu kurang keyakinan diri.

Sesetengah wanita hilang keyakinan dalam penampilan, manakala sebahagian lagi menjauhkan diri daripada belaian kasih sayang suami yang membelai rambut mereka kerana bimbang masalah rambut gugur diketahui oleh suami masing-masing.

Rambut merupakan antara 'harta' berniai bagi seseorang wanita. Tidak kira samada wanita itu berhijab atau tidak, kesihatan dan penjagaan rambut yang baik akan terserlah dengan keyakinan yang tinggi. Betul tak?




Aku juga pernah mengalami masalah rambut gugur ni. Mengikut kajian, rambut manusia akan gugur purata 100 helai sehari dan itu adalah normal. Yang tak normalnya, adalah apabila rambut yang gugur melebihi dari yang sepatutnya, ditambah pula rosak dan tidak sihat.

Dove sedar ramai wanita yang mengalami isu ini. Justeru, Dove memperkenalkan kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita untuk kembali menyerlahkan keyakinan mereka apabila dapat mengatasi isu rambut gugur menerusi kempen "Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove".

Aku dan rakan-rakan bloggers lain turut berkesempatan menghadiri majlis pelancaran kempen "Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove" bertempat di Hotel Shangri La, Putrajaya pada 13 & 14 Jun 2014. 


Ashlee Ng
Pengarah Produk Penjagaan  Diri Unilever (M) Sdn Bhd.

"Dove percaya bahawa rambut adalah satu kesinambungan apa yang dirasai seorang wanita dari segi emosi mahupun fizikal. Berdepan dengan masalah rambut gugur memang sesuatu yang mencabar tetapi seperti yang telah dibuktikan oleh Suhainah dan Sharifah, lebih baik berkongsi dan memberi sokongan antara satu sama lain untuk mengembalikan semula keyakinan diri akibat keguguran rambut," kata Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. 

Kempen tersebut membantu wanita untuk mengembalikan keyakinan diri dalam masa 14 hari menerusi satu siri aktiviti yang berada di luar keselesaan mereka. Aktiviti-aktiviti berkenaan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan serta menguatkan azam mereka untuk mengatasi masalah rambut gugur dalam masa 14 hari dengan Dove Hair Fall Rescue System.


Rakan bloggers bersedia untuk sesi Pillow Talk

Kempen ini diterajui oleh dua wanita, Suhainah dan Shariffah Nadia, yang juga sahabat baik. Mereka berdua berkongsi cerita tentang cara mereka mengatasi masalah rambut gugur untuk mengembalikan keyakinan diri masing-masing.





Dalam sesi Pillow Talk, kesemua wanita tersebut bercerita mengenai pengalaman peribadi dalam mengatasi isu rambut gugur masing-masing dan menggalakkan wanita-wanita lain untuk berusaha mengawal rambut gugur sekali gus mengembalikan keyakinan diri mereka.

Pada majlis pelancaran tersebut juga, Suhainah dan Shariffah telah berkongsi pengalaman masing-masing bagaimana mereka mula menyedari masalah rambut gugur sehingga ditegur oleh suami masing-masing. Sesi ini turut dihadiri oleh dua orang selebriti, Sharifah Shahirah dan Yasmin Hani. Bagi mencari jalan penyelesaiannya, kedua-dua sahabat baik ini telah bertemu dan berbincang tentang apa yang yang boleh dilakukan untuk mengembalikan seri rambut yang kuat dan sihat.

Sesi yang cukup interaktif antara kesemua wanita ini membuktikan bahawa isu rambut gugur adalah sesuatu yang biasa berlaku dan antara penyebab masalah ini adalah tekanan, diet yang tidak seimbang, kurang tidur dan juga berlaku selepas melahirkan anak. Mereka juga turut berkongsi tips-tips agar bebas daripada isu keguguran rambut dan mengembalikan semula keyakinan diri.




Dove Hair Fall Rescue System

Dove Hair Fall Rescue System mengandungi teknologi terkini, Trichazole Actives yang menguatkan dan menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.

Syampu - membersihkan kulit kepala.

Perapi - selepas bersyampu, membantu menghalang rambut putus dan menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengurangkan rambut gugur dengan ketara akibat rambut terputus dalam masa dua minggu.

Tonik Rambut Intensif - digunakan terus pada kepala dan bertindak untuk mengurangkan rambut gugur. Selepas hanya dua minggu masalah rambut gugur berjaya dikurangkan dengan ketara dan rambut juga lebih kuat dari bahagian akarnya.



Jom Sertai Kempen "Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove" Dan Menangi Hadiah-hadiah Bernilai RM20,000!

Wanita Malaysia kini boleh menyertai kempen tersebut dengan melayari https://apps.facebook.com/serlahkandirimu/

Langkahnya termasuk: -

  • Selama 14 hari, siapkan satu misi sehari 
  • Kongsi misi yang telah disempurnakan itu menerusi gambar atau kata-kata.
  • Tayangan video digital akan dicipta untuk peserta berdasarkan misi mereka yang telah disempurnakan selama 14 hari itu.
  • Untuk memenangi salah satu hadiah, peserta perlu berkongsi video digital peribadi mereka itu di Facebook masing-masing. Lebih tinggi peluang mereka untuk menang apabila lebih banyak yang dikongsi.





















Info Ringkas Mengenai Dove

Pada tahun 1957, Dove melancarkan sabun kecantikan yang kekal sebagai satu-satunya produk keluarannya sehinggalah pada 1995; ia melancarkan Mandian Badan Berpelembap di Amerika Syarikat. Ini diikuti dengan kategori tambahan di seluruh dunia :  deodran pada tahun 1997 dan losen badan pada tahun 1998.

Pada tahun 1999, Dove telah berjaya dilancarkan di Jepun. Dan pada tahun 2000, pelancaran Dove Hair Care diadakan di Taiwan, diikuti permulaan yang agresif. Hari ini, Dove hadir di lebhi 80 buah negara dan salah satu daripada jenama kecantikan terbesar di dunia. Ia dibangunkan daripada prinsip asas yang terus berkekalan: memberikan janji yang tepat kepada pengguna, dan mengekalkan janji itu.





You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. menaik program spt ini..lya pun ada masalah rambut gugur..nak cuba tukar guna dove la plak..lya menabung cne kak :)

    ReplyDelete
  2. wah beznye
    akak ke event tu erk..
    dove..suka syampu dia
    wangi

    ReplyDelete
  3. besarnay syampoo - setahun tak habis tuh

    ReplyDelete
  4. bestnye dpt attend majlis mcm nie.. Fiza pun tak jupe lg produk yg boleh atasi keguguran rambut.. dah mcm2 syampu gune...

    ReplyDelete
  5. bestnya event mcm ni, lama jgak teringin nk guna syampoo dove ni tp ksampaian lg.. guna safi shayla skang..hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat join event gini...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM