Saturday, June 28, 2014

# Informasi Dan Tips # Jom Tambah Ilmu

Tabiat Makan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Puasa.


Assalamualaikum!


Bila kita berpuasa, sistem operasi tubuh akan mengalami suatu perubahan terutama di bahagian perut. Jika tidak di'handle' dengan baik, ia akan memberi kesan kepada sistem tubuh dan metabolisme badan kita.



kredit foto : google.com

Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa:


  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan. 
  • Karangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak
  • Kurangkan makanan tinggi gula
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil. 
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin. 
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas. 

Tips Membeli Makanan Di Bazaar Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan rezeki bagi peniaga-peniaga. Tak dinafikan setiap tahun juadah yang dijual menjadi perhatian orang ramai. Ini termasuklah mereka yang berkerjaya dan tidak sempat untuk memasak bila balik petang. Pilihannya >>> Bazaar Ramadhan.


kredit foto : google.com


Bayangkan dalam  keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. 

Ini boleh  menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau  amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. 


Sebagai panduan:
  • pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. 

  • Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. 


  • Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut. 

Tips Menyediakan Makanan Sihat Untuk Berbuka Puasa


kredit foto:  lovesihat.com


Laungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. 

Bagi sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu akan lebih menyelerakan. 

Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan hidangan sihat untuk berbuka puasa:

  • Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula. 
  • Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet. 
  • Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik. 
  • Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung. 

sumber :KKM 



5 comments:

  1. Salam Ramadhan Anim.. Selamat menjalani ibadah puasa dgn ceria.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan abg khir, selamat berpuasa :))

      Delete
  2. saya nak share entry ni puan. info yang amat menarik dan perlu selalu dititik beratkan

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates