Yang Paling Simple & Paling Sedap!

Tuesday, June 10, 2014


Assalamualaikum!

Memang tak sampai hati nak tolak kalau anak-anak request kita masakkan makanan kegemaran mereka. Walau macam mana sedap pun makanan kat kedai-kedai di luar tu, mereka mesti akan cari makanan dari air tangan ibu jugak kan!

Kakak tahu kalau ibunya tak berapa mahir di dapur. Tapi, entah kenapa mungkin tekaknya memang boleh masuk kalau aku yang masak kot hehe. Nak kata sedap, idak la tapi kalau kena ngan tekak dia memang dia akan cakap sedap!

"buuu...hari ni boleh tak masakkan kakak kuey tiow goreng yang ibu masak dulu tu? sedap la buuuu"

Oh anak! tak sampai hati ibu nak say 'no' sebab ko dah puji awal-awal lagi kan! hehehe. Takpe, hari minggu cenggini la ibu kena rajin-rajin ke dapur supaya menjadi contoh yang bagus untuk anak-anak dara ibu di masa hadapan (ececececeh! kemain gebangnya!)

Ok, that's it! anak-anak dah merayu-rayu dah tu. Jom la kita mula ke dapur ye anak-anak. Diaorg kalau tengok aku pegang kuey tiow goreng mentah tu, mula la nak mencelah tolong sama. Takde hal punya, yang senang-senang kakak & adik buat ye, part yang susah bagi kat ibu je!




Opkos sebelum 'menggentel' kuey tiow tu, wajibla basuh tangan dulu ye gegirlsssss! hehe.



Part yang susah, ibu yang buat. Memula adik volunteer nak potong daun kucai tu. 

"Huhhh, takyah takyah! yang ni biar ibu buat. Adik gi duk depan je"

Ok, memang bunyinya macam mak aku dulu kan, suka 'halau' anak gi duk depan ekekekeke. Safety first beb! budak umur 5 tahun belum layak lagi nak pegang pisau kot! Dia pegang gunting tu pun, aku dah separuh histeria rasanya!





Dan, akhirnya tadaaaaaa ...!



Hou yeaaaa! kuey tiow goreng satu siappppp! Khas untuk kakak & adik, especially kakak la pasal ni memang kegemaran dia ... macam ibunya jugak 'hantu' kuey tiow kan hehe.

Nampak simple kan? Memang simple pun dik nonss!! Aku tak letak apa-apa melainkan telur, kicap dan daun kucai! Bawang opkos kena letak la, kalau tak letak tak sedap! hehe.

Aku nak letak ayam, kakak tak suka. Aku nak letak udang, dia taknak juga. Dia memang suka kuey tiow goreng simple sesimplenye macam ni. 

Senang bela anak aku ni kan? muahahaha :D



The simplest kuey tiow goreng, yet she said the best in the world! Adik yang tadi 'jual mahal', pun akhirnya kalah jugak ngan kuey tiow goreng ibu hahahaha.

Senang hati tengok muka anak-anak puas makan kuey tiow yang digoreng sendiri. Kalaulah diri ini rajin memasak .... kuikuikui~



You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. hanim,akak rasa kelaparan tengok kuey tiaw tu...bila anak dah request,kena la penuhi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, kalau minta dan puji awal2l agi kena buatkan hehe :D

      Delete
  2. wahh..senang la cmtu..ayam xnak,udang xnak..jimat bajet..hehe..ape pon air tangan ibu memang terbaik..sebab masakan ibu yg kite rasa dari kecik..kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau takpe, nasi ngankicap pun boleh hidup diaorg ni haha :D

      Delete
  3. akk pon suka kue teow... nak sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kuey tiow mentah ade la kak :D

      Delete
  4. sedapnyeeeeee.rajin bebudak ni yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan punya pasal, memang rajin tetiba kan hehe :D

      Delete
  5. Teringin pula zumal nak makan kuey teow ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la zumal gi beli time lunch nanti :))

      Delete
  6. Salam ukhuwah..nampak mcm sedap jer kuey teow tu..air tangan dari seorang ibu..memang terbaik ^_^ anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    ReplyDelete
  7. air tangan ibu mana boleh celen..
    ofkos ler paling sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tambah ibu yang pandai masak kan, lagi mantap! :)

      Delete
  8. Masakan ibulah paling sedap tak kisah simple mane pun..itulah yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, goreng telur pun dah sedap dah kalau mak kita masak kan :))

      Delete
  9. Tengok kuey teow tu awal2 pagi mcm ni, saya pulak jadi lapar hehee.. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM