ruangiklan
ruangiklan

Thursday, July 24, 2014

58980 Biskut Raya Berjaya Dikumpul Untuk Kempen Beramal Bersama Planta!

  4 comments    
categories: , ,

Assalamualaikum!

Melalui kempen Beramal Bersama Planta yang dianjurkan baru-baru ini, Planta dengan kerjasama pasaraya MYDIN & GIANT telah menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan biskut raya buatan tangan mereka sendiri untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.


Adik beradik, Iziana & Iza turut menyumbangkan kuih raya buatan
tangan mereka sendiri untuk roadshow Beramal Bersama Planta.


Untuk makluman semua, Beramal Bersama Planta adalah lanjutan dari kempen Seceria Air Tangan Ibu Planta yang telah berjaya mengumpul lebih 58 980 keping biskut raya berwarna warni, melebih sasaran awal iaitu 50 000 keping biskut untuk diberikan kepada rumah anak-anak yatim terpilih seluruh Malaysia. 


Antara peserta yang gigih membuat biskut red velvet
untuk anak-anak yatim.

Beramal Bersama Planta yang bermula pada 16hb Julai sehingga 20hb Julai lepas, telah menyeru masyarakat khususnya kaum ibu untuk membuat biskut yang sedap dan berwarna warni dengan tangan mereka sendiri dan mengongsikannya bersama anak-anak yatim. 

Alhamdulillah respon yang diterima amat memberangsangkan dengan terkumpulnya lebih 58 980 keping biskut pelbagai jenis dan berwarna warni sepanjang roadshow Planta berlangsung. 

Peserta turut menulis mesej Selamat Hari Raya bagi menceriakan
lagi bungkusan biskut sebelum diserahkan kepada wakil MYDIN & GIANT.

Di roadshow Planta tersebut, kaum-kaum ibu bukan sahaja berpeluang membuat biskut raya malah mereka juga menuliskan ucapan Selamat Hari Raya dan dikepilkan bersama dalam bungkusan biskut sebelum diberikan kepada wakil MYDIN & GIANT.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya kaum-kaum ibu yang sudi menyumbangkan tenaga, kemahiran dan kasih sayang dalam menjayakan Beramal Bersama Planta. Semoga dengan sumbangan biskut raya ini sedikit sebanyak dapat menceriakan Syawal mereka yang kurang bernasib baik. 

Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Planta yang telah mencetuskan idea bernas serta bertungkus lumus menjayakan kempen amal ini, dengan kerjasama MYDIN & GIANT.

Sesungguhnya sumbangan anda amat bermakna buat mereka ....:)



4 comments:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.