Diari Ramadhan Kenit : Demi Ibu ...

Monday, July 14, 2014


Assalamualaikum!



Kadang-kadang aku sendiri tak paham ngan budak-budak sekarang ni. Ada masa perangai dia boleh bikin kita pening! ada masa pe'el dia boleh buat kita semput! Tapi dalam banyak-banyak pesen perangai dia tu, ada satu jenis pesen yang boleh bikin aku 'cair'!


Bukan aku tak pernah ingatkan dia...

Banyak kali dah aku pesan, hari-hari naik dialog yang sama jugak. Mula aku dapat tau dia buat camtu, berderau darah aku

Tapi, bulan posa ni dia buat balik! Kali ni lagi 'panjang' kaki dia. Huh...

Hari tu, amik kakak dari sekolah agama lambat sikit. Tengok kat tangan dia, dok pegang dua bungkus bubur lambuk. Kakak memang tahu ibu memang suka dan teringin nak makan bubur lambuk bulan posa ni.

Agaknya dia terdengar aku borak ngan Pak Jelan kot....

Ayah : kakak amik mana bubur lambuk tu? sapa bagi?

Kakak : kakak amik kat masjid yah. Kakak gi ngan kawan-kawan tadi. Ayah lambat...

Ko tau ape aku rasa masa tu?? Darah dah naik laju dah ni! dah ready nak 'sembur' dia dah masa ni. Terbayang-bayang aku dia gi berjalan ngan kawan-kawan melintas jalan besar nak ke masjid di seberang! Perghhh! cuak!!

Belum sempat aku nak 'sembur', dia sambung lagi ....

Kakak : nah ibu ...kakak amik bubur tuk ibu. Ibu suka bubur lambuk kan? Kakak amik dua .... ibu makan tau.



*nanges* T__T


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Alahai..beraninya kakak g dgn kawan2..hati2 yer

    ReplyDelete
  2. hadoii,,ngerinya kalau dengar dok meninjau tempat lain...bukannya apa,keselamtan diorang boleh merisaukan kita nie...nasib baik la takde pape kan...sebagai mak,kebimbangan tu sentiasa ada kan hanim..

    ReplyDelete
  3. alahai..sayangnya dia kat ibu dia..

    ReplyDelete
  4. Terharunya... bagus la kakak nie.. =D

    ReplyDelete
  5. allahu.. ayu yg sebak baca. hihi..
    anak oh anak.. menyejukkan hati.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM