Impian Suria Terserlah Dengan Fair & Lovely

Wednesday, July 16, 2014


Assalamualaikum!



Keyakinan adalah antara faktor utama seseorang wanita itu mampu mencapai impian yang diidamkan. Untuk tampil lebih yakin, wanita perlu berfikiran positif dan menjadi diri sendiri serta berusaha mencapai apa yang diimpikan tanpa berputus asa.

Terbaru, Fair & Lovely telah melancarkan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang menjanjikan perlindungan daripada sinaran cahaya matahari. Kaum wanita kini dapat tampil lebih yakin apabila melangkah keluar untuk mengejar impian mereka. 


Ashlee Ng memberikan ucapan alu-aluan kepada tetamu.

Anim ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Fair & Lovely kerana sudi menjemput Anim di majlis pelancaran Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang berlangsung pada 9hb Julai lepas bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever Malaysia, Ashlee Ng. Beliau mengatakan bahawa sejak tahun 1993, Fair & Lovely memberikan sepenuh komitmen dalam memberi inspirasi kepada hidup kaum wanita melalui kecantikan. Beliau berkata lagi bahawa, dengan menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15, kin kulit wajah kaum wanita dijamin kekal cerah berseri dan dilindungi daripada sinaran terik matahari. 

Fair & Lovely telah lama menjadi jenama popular dan terbaik di kalangan masyarakat tempatan terutama kaum wanita yang mementingkan penjagaan kulit yang berkesan.




Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah 3 orang personaliti yang ceria dan periang. Mereka ialah Erin Malek (pelakon), Daiyan Trisha (penyanyi & komposer) dan Shazreen Fazlynda (menghasilkan filem pendek sendiri), yang turut berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15. 

Ketiga-ketiga gadis ini juga terlibat dalam program berjudul Impian Suria Fair & Lovely yang akan disiarkan selama 6 minggu di TV3 yang akan bermula pada 13 Ogos sehingga 17 September 2014. Program ini memaparkan tentang Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri dan mengejar impian masing-masing. 






Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 

  • Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 diperkaya dengan multi vitamin kompleks yang bukan sahaja melembapkan kulit tetapi turut mencerah, serta mengurangkan kecelaan dan tona kulit tidak sekata.
  • Selain daripada vitamin, krim ini mengandungi SPF15 yang bertindak memastikan kulit anda sentiasa dilindungi daripada pancaran sinar UV yang berbahaya.



  • Buat pertama kalinya, para pengguna boleh mendapatkan kulit yang cerah bagaikan rawatan pakar-pakar. Ia menggabungkan vitamin B3, C & E, krim ini membantu wanita menangangi 6 masalah kecerahan wajah :
  1. Kecelaan kulit bagaikan rawatan laser
  2. Kulit perang bagaikan rawatan melicinkan kulit
  3. Kulit kusam bagaikan rawatan pengelupasan'
  4. Lingkaran bawah mata bagaikan rawatan antioksidan
  5. Pencerahan kulit bagaikan masker bervitamin
  6. Kecerahan dilindungi daripada sinaran matahari



Di majlis pelancaran itu juga, disediakan juadah berbuka puasa untuk para tetamu. Anim sempat jugalah merasa makanan di restoran Talent Lounge ni hehe. 




Baru perasan dalam gambar yang Anim makan separuh pinggan je hari tu hehehe. Sangatla nak jaga badan uolsss....kononnnnn! :p

Anyway, the food was ok.




Dan, sebagai tanda kenang-kenangan Anim turut diberikan cenderahati berupa Pembersih Muka Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15. Tak lupa juga, Fair & Lovely telah mengabadikan gambar Anim bersantai penuh ceria. 

Cer tengok kat gambar sebelah tu hehehe.

Thanks Fair & Lovely for this good opportunity. Pada anda yang masih tercari-cari krim pencerah dan penjagaan kulit yang sesuai dengan anda, mungkin anda boleh mencuba Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 hari ini.


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Anim guna Fair and Lovely ye.. akak dah lama tak guna .. dulu masa2 muda jer ehe :)
    Sekarang dah bertukar kepada Rania Gold :)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak guna fair & lovely nie...masa sekolah dulu rajin gak pakai

    ReplyDelete
  3. Amboi berseri sunggah aih anim dalam gambar tue..=D

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dpt pergi event2 mcm tu kak

    ReplyDelete
  5. Dulu zaman sekolah mmg akak guna...tp sekarang xde dah...huhu....

    ReplyDelete
  6. Nice chatting with you on that day...

    ReplyDelete
  7. Ena masa zaman sekolah dulu pakai yang ini,... sekarang beralih ke yg lain sebab muka ni makin degil! hurmmm

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM