[Review] Mudahnya Membersih Dengan Ecover & Giveaway!

Friday, July 18, 2014


Assalamualaikum!

**ENTRI MELEKAT**
SCROLL BAWAH UNTUK BACA ENTRI TERBARU


Dalam banyak-banyak kerja rumah, yang paling aku suka buat ialah duk dapur basuh pinggan hehe. Memang sejak dari zaman anak dara lagi aku cukup suka basuh pinggan. Suruh masak tak berapa nak reti lagi, tapi kalau basuh pinggan laju je aku buat! hehe.

Tapi, aku tak nafikan kadang-kadang aktiviti membasuh pinggan ni boleh jadi stress jugak tau! Tambah stress bila kita tersalah pilih sabun cuci pinggan. Ada sekali tu, aku tersalah pilih sabun cuci pinggan, ingatkan buih banyak tu cepatla bersihnya kan tapi pinggan mangkuk aku tetap berminyak! Urghh stress tau dak!




Baru-baru ni, aku dapat peluang mencuba sendiri keberkesanan produk mencuci Ecover untuk pinggan mangkuk aku. Korang pernah dengar brand Ecover? Rangkaian produk Ecover ni memang terkenal di benua Eropah dan Amerika, dan baru-baru ini saja ia menembusi pasaran Asia.

Ecover adalah produk pembersih yang menggunakan 100% bahan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan selamat untuk digunakan. Ianya mesra alam dan tidak meninggalkan sisa bahan kimia tercemar yang boleh memudaratkan kesihatan serta turut memelihara alam sekitar.


Ecover - Inspirasi Dari Alam Semulajadi, Disempurnakan Oleh Sains.

Apabila bercakap tentang keselesaan keluarga dan rumah, anda pasti akan cari produk membersih yang sesuai dan selamat. Dengan Ecover, kami telah mempelopori bidang sains dan alam semulajadi lebih 30 tahun untuk menghasilkan pencuci yang efektif, berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan yang tidak akan mengancam anda mahupun persekitaran. 

Sejak tahun 1980, Ecover menjadi produk pembersihan rumah mesra alam yang terbaik di dunia. Ianya diperbuat dari bahan semulajadi dan mineral yang menjadikannya mampan dan super ekologi. Perlu juga diketahui bahawa produk Ecover TIDAK DIUJI KE ATAS HAIWAN

Ecover tidak hanya menitiberatkan aspek mesra alam ke atas kandungannya saja, malah ia turut menjaga dari segi pembungkusan. Ecover menyedari bahawa bahan plastik boleh mendatangkan impak negatif kepada biologi alam sekitar untuk tempoh masa yang panjang, maka mereka mengambil inisiatif menghasilkan botol yang 100% dari sumber tumbuhan dan 100% kitar semula. Dengan cara ini, pencemaran alam dalam dikurangkan.


Produk Pembersih Ecover




Produk yang aku gunakan kali ini ada 2 jenis, iaitu cecair pencuci Camomile and Marigold untuk mereka yang berkulit sensitif dan kuasa pembersih Lemon dan Aloe Vera yang akan mengilatkan pinggan mangkuk anda!





Ianya berkuasa mencuci dan menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan hanya satu kali picit saja! Dan untuk pengetahuan korang,  aku cuba picit sikit je cecair pencuci dan amazingly ia boleh bertahan dan terus mencuci sehingga habis pinggan dalam sinki tu! hehe.



Untuk pengetahuan korang, rangkaian cecair pencuci Ecover mempunyai logo Kulit Sensitif. Dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan, cecair pencuci Ecover tidak meninggalkan kesan bahan kimia ke atas kulit kita.

Paling menarik ialah air lebihan dari cucian tadi boleh kita gunakan untuk menyiram pokok dan bunga-bungaan! Jadi, ianya sama sekali memelihara kulit kita dan juga alam semulajadi.


Cecair pencuci Camomile & Marigold - RM18.90
Cecair pencuci Lemon & Aloe Vera - RM18.90





Selain cecair pembersih pinggan mangkuk, Ecover turut menghasilkan cecair pencuci untuk perkakas dapur seperti dapur memasak, sinki, lantai dan dinding. Ia juga menggunakan konsep yang sama, iaitu mencuci dan membersih dengan mudah tanpa meninggalkan bahan kimia yang berlebihan.

Mudahnya menggunakan pembersih krim Ecover ini, aku tidak perlu menyental kuat untuk menanggalkan lebihan minyak yang bertakung di atas dapur memasak. Kuasa membersih yang terdapat dalam krim pencuci ini cukup untuk membersih dan mengilatkan kembali dapurku hehe.


Cream Cleaner - RM12.80


Tak perlu picit banyak. Jimat dan ekonomik!

Membersih kini tidak lagi susah dengan adanya Ecover!


Dan hasilnya ....


Tadaaaaaa!

Selain dapur memasak, aku turut menggunakannya di tempat lain seperti ...







See?? Dapur dan bilik air korang akan lebih menyerlah dengan hanya satu botol krim pencuci Ecover 500ml! Ni kalau mak mertua tengok ni, bertambah sayang dia kat aku hehehe.

Kini kerja membersih dan mencuci di dapur tidak lagi membebankan aku. Aku pun tak perlu pening-pening lagi nak fikir pencuci mana yang sesuai untuk aku dan keluarga, sebab aku dah pun menjadikan Ecover sebagai produk pilihanku seisi keluarga.





Selain cecair pencuci yang aku gunakan di atas tadi, Ecover juga turut mempunyai rangkaian produk pembersih yang lain seperti di atas ni. Jadi, memang lengkap untuk pembersihan yang nyata di rumah korang.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kuasa membersih Ecover ni, korang boleh layari www.ecover.com.

Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terpilih seperti :


  • Village Grocer (1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
  • Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery)
  • Pasaraya Presto (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
  • Ben's Independent Grocer - B.I.G (Solaris Dutamas)
  • Pasaraya Hero (Bdr Sri Permaisuri,Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)

Atau, korang boleh dapatkannya melalui online di SINI.


*******ECOVER GIVEAWAY********

Haaa penat dah aku berceloteh kat atas tu kan hehe. So it's time for ECOVER GIVEAWAY!! Banyak sungguh kebaikan yang aku dapat dari produk Ecover ni. Memang berbaloi bukan sahaja untuk aku dan family tapi juga untuk pemilharaan alam sekitar.

Dengan pengalaman yang aku ada ni, aku nak kongsikan dengan korang, nak tak? nak tak? hehe. Aku berkenan nak bagi hadiah kat korang ni! 


Caranya mudah saja :

  • LIKE fanpage Nukilan Kenit


  • Pilih SALAH SATU produk yang korang suka dari tiga produk ini dan berikan pendapat bagaimana dapur yang selamat penting untuk anda dan keluarga anda
  1. One (1) Camomile & Marigold Washing Up Liquid 1L
  2. One (1) Lemon & Aloe Vera Washing Up Liquid 1L
  3. One (1) Cream Cleaner 500ml

  • Tak perlu buat entri segala bagai, hanya tinggalkan komen dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Answers can be given either in Malay or English. 

  • JANGAN LUPA sertakan juga alamat emel anda untuk dihubungi. Jawapan yang tiada emel, tidak dikira ye. 

  • Penyertaan dibenarkan SEKALI saja. Ini bagi memberi peluang samarata kepada semua. 

  • Tarikh luput ECOVER GIVEAWAY ini ialah 15hb Julai - 18hb Julai (5.00petang)


Haaaa mudah je kan? korang just pilih 1 produk mana yang korang suka (antara tiga), berikan pendapat dalam bentuk jawapan yang paling kreatif dan jika bertuah korang bakal memenangi produk Ecover

Yeayyy! terima kasih Ecover kerana sudi menaja hadiah untuk para pembaca blog Nukilan Kenit (^_^)

Aku mencari 3 pemenang bertuah kali ini! Semua maklumat aku dah kongsikan di atas, dan kalau tak cukup jugak korang boleh check-it-out kat website Ecover (^_^)


SERIKAN DAPUR ANDA DENGAN ECOVER
ALL THE BEST!



You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. wah bez2..insha allah kalau sempat nnti nak join jugak

    ReplyDelete
  2. One (1) Camomile & Marigold Washing Up Liquid 1L dan dapur yang selamat penting untuk saya dan keluarga saya kerana di tempat inilah, saya akan menyediakan makanan untuk suami dan anak. Percikan minyak, tumpahan kuah atau percikan air semasa memasak biasa terjadi menyebabkan dapur kelihatan kotor.Dengan Camomile & Marigold Washing Up Liquid amat mudah untuk membersihkan dapur serta dapat mencegah bakteria seperti lipas& lalat.dengan ini kebersihan dapur terjamin.Lagi satu ia amat sesuai dengan saya yang berkulit sensitif.

    ReplyDelete
  3. Saya pilih Cream Cleaner kerana saya percaya pembersih krim ni mampu membantu meringankan beban seorang suri rumah di samping mempunyai kandungan yang selamat bukan sahaja untuk saya sekeluarga dan persekitaran dapur saya tetapi jugak kepada kehidupan akuatik.

    Dapur yang selamat adalah dapur yang bersih dari kuman dan serangga perosak serta tidak terdedah kepada bahan kimia yang tinggi kerana di situ lah tempat makanan disediakan. Bagi saya, kesihatan keluarga adalah penting. Dan dapur yang bersih akan membantu saya menjaga kesihatan keluarga saya.

    fadzirazak@gmail.com

    ReplyDelete
  4. wah best ni, nanti bleh join..:)

    ReplyDelete
  5. Saya pilih Lemon & Aloe Vera Washing Up Liquid 1L kerana kebersihan pinggan mangkuk penting untuk penyediaan meletakkan pelbagai makanan..demi anak2 dan keluarga..ia juga perlu untuk penjagaan kesihatan sefamily....hidup sihat n bersihnya peralatan untuk dapur sendiri..jom tukar kita guna produk ecover pulak :)

    adna2029@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Saya pilih Cream Cleaner untuk membersihkan dapur yang sentiasa kotor selepas sahaja memasak..Dengan adanya Cream cleaner nie,tidak perlu lah lagi untuk menyental saki baki kotoran di dapur dan menjimatkan masa bagi wanita bekerjaya seperti saya.Dapur yang bersih mampu memberikan semangat untuk saya menghasilkan sajian yang terbaik untuk keluarga.

    sitirohaida81@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Lemon & Aloe Vera Washing Up Liquid 1L pilihan saya,
    pencuci praktikal pembasmi bakteria merbahaya,
    Dari bahan-bahan semulajadi yang kaya khasiatnya,
    bertindak agen membersih dan memelihara kesihatan keluarga dengan sempurna.

    say YES to Ecover, ecece :)

    ayuarjuna@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Bhahaha suka cuci pinggan la ni? Menarik produk ni.. nice review ^^

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM