[Tragedi MH17] Gurauan Jadi Realiti.

Friday, July 18, 2014


Assalamualaikum!


Allahurobbi...

10 hari lagi menjelang ketibaan Syawal yang mulia pastinya takkan sama lagi bagi kita rakyat Malaysia terutamanya bagi ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17, kapalterbang penumpang MAS yang membawa lebih 280 penumpang dan 15 anak kapalnya.

Pesawat MH17 dari Armsterdam ke KL itu dikatakan ditembak jatuh malam tadi, 17hb Julai sekitar jam 10.15 malam waktu tempatan.




Dan, tadi aku sempat baca di astroawani.com, laporan mengenai status FB dari salah seorang penumpang warga Belanda, Cor Pan yang memuat turun gambar pesawat Boeing 777 dengan kapsyen,


"jika pesawat ini hilang, beginilah rupanya"


Belum pun nampak lagi bayang pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac lepas, kita diuji pula dengan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh kumpulan militan The Donetsk People's Republic yang diketuai oleh Igor Girkin atau lebih dikenali sebagai "Stelkov" yang mengaku menembak jatuh pesawat berkenaan yang difikirkan pesawat tentera.




Dikatakan juga mereka tembak guna peluru berpandu BUK bawah tanah yang diambil dari pangkalan tentera Ukraine yang berjaya ditawan oleh kumpulannya. Wallahualam.

Semasa baca laporan dari artikel-artikel di media sosial tadi, aku terpandang satu perkataan yang mencetuskan rasa ingin tahu aku tentang perkara tersebut. Ianya dikatakan, kumpulan militan yang terlibat telah tersilap tembak kerana menyangkakan pesawat yang terbang itu adalah pesawat milik Russia.




Adakah ia benar? Wallahualam.

Dunia sudah berperang. Sana sini perang, sana sini berbunuh antara satu sama lain. Yang menjadi mangsanya orang lain yang tidak berdosa. 

Allahu... 




Di sini, aku nak kongsikan rasa sedih dan salam takziah kepada ahli keluarg mangsayang terlibat dalam nahas MH17. Doaku agar mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.





kredit picture : astroawani




You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Sangat terkejut dengan berita ni.. Al Fatihah utk mangsa yg beragama islam dan takziah utn non muslim

    ReplyDelete
  2. Truly sad.. another heartbreaking news. My deepest condelences to all family members of passangers and crews of ‪#‎MH17‬. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kak. Sedih sangat berita air crash ni. Deepest condolence to the passenger and crew's family.

    ReplyDelete
  4. Allah Ya Allah... padaMu kami berserah.

    ReplyDelete
  5. Sedih memg sedih yg teramat ya moga semua ahli keluarga mangsa tabah hadapi ujian ini

    ReplyDelete
  6. smoga ahli keluarga yg trlibat tbah mnghadapi dugaan ni..;)

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah melindungi negara Malaysia. dugaan ini memang sangat berat buat kita. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Takziah buat keluarga mangsa... semoga diberi ketabahan kpd mereka semua utk menghadapi tragedi yg mendukakan ini.. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama Islam. Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  9. Takziah buat semua keluarga mangsa ...speechless. ...

    ReplyDelete
  10. Allahyarhan Kapten wan Amran ialah jiran saya di Shah Alam.orangnya low profile.kalau ada gotong royong di sekolah anaknya di sek rendah Islam hira' Klang, arwah ring an tulang membantu.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM