Ayam Kampung Masak Lomak Cili Api

Monday, August 25, 2014


Assalamualaikum!


Sapa suka makan podeh-podeh sini? Ni den nak kongsi resepi paling den suko tiap kali balik kampung hehe. Mak den memang terer masak lomak cili api ni. Abah den pulak memang 'hantu' makan podeh hahaha, kalau tak podeh tak nikmat makan kato eh :D

Ahhh! sudah la tu ... tergeliat lidah aku speaking nogori hehe. Kali ni aku nak share masakan special berasaskan ayam kampung. Ayam mana lagi kalau bukan ayam yang mak aku bela laa hehe. Hoi! ni sedap niiiii! Licin anak-anak aku makan ngan nasi dan kicap hehe. 




Ayam Kampung Masak Lomak Cili Api
Oleh : Hanim Hashim


Bahan-bahan :
  • 10 ketul ayam kampung 
  • 3 biji bawang kecil yang ditumbuk halus (nak pedas lebih, boleh tambah)
  • 3 biji bawang putih yang ditumbuk halus
  • cili padi yang ditumbuk halus (aku letak dalam anggaran 10 biji, nak lebih pedas boleh tambah)
  • 1 biji kelapa parut (santan ready-made pun boleh!)
  • 2 batang serai yang dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • serbuk kunyit
  • 1 biji kentang dipotong 4
  • Garam secukup rasa


Cara-caranya :

First, aku perah santan dulu. Kali ni aku perah santan sekali je sebab aku guna sebiji kelapa kan. Santan tu takla pekat sangat sebab aku nak reneh terus dalam periuk, so aku kasi cair sikit. Sederhana pekat gitu hehe. Pastu aku masukkan dalam periuk. 

Then aku tumbuk bawang kecil, bawang besar dan cili padi. Aku suka tumbuk halus sebab nanti cepat sebati dalam santan. Kalau kasar-kasar nampak tak 'kemas' gitu hehehe. Semua bahan tu tadi aku masukkan sekali dengan santan tadi. Masa ni, aku tak buka api lagi tau! 

Dah masuk bawang-bawang ngan cili padi tadi, aku masukkan pulak serai. Pastu, baru aku letak atas api. Macam biasa api kasi sederhana arr! Kemudian, aku masukkan pulak ayam kampung dalam periuk dan kacau sekali ngan santan. Biarkan menggelegak.

Dah menggelegak sikit tu, aku masukkan daun kunyit plak. Kalau masuk awal-awal nanti cepat 'layu' hehe. Bila dah masuk ni, cepat je naik bau wangi daun kunyit tu kan! hehe. Sambil-sambil tu aku kacau ayam tu lagi.

Agak-agak dah pekat sikit kuah tu, aku masukkan pulak serbuk kunyit. Setengah sudu ok dah kot, ikutla nak kuning yang macam mana hehe. 

Pastu, aku masukkan kentang. Biar lama sikit menggelegak then masukkan garam secukup rasa. Dah siap! ^^




Tadaaaaaa!


Bila budak-budak tu tengok aku tumbuk cili padi ngan bawang, masing-masing geleng kepala taknak makan! Tapi, bila aku suap-paksa diaorg, baru diaorg tau ibu diaorg ni terer masak! wakakaka :p

Ada orang biasa tumis dulu kan bawang-bawang ngan cili padi tu. Aku masak tak tumis, terus kasi masuk sekali ngan santan pastu duk atas api. Ini style mak aku masak, so aku ikut masterchef je hehehe. Lagipun, aku suka masak simple-simple ikut yang basic aje. 

So ape lagi aku nak masak lepas ni ye? 


Haaaaaa .... 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tunguuuuuu! :p



Selamat memasak! ^^


You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. sedapnya masak lomak cili api ayam kampung nie...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah sini...wah...sedapnyer ayam masak cili api...

    ReplyDelete
  3. arrrrrr rindunya nak makan ayam kampung,abah bela banyak time kecik2 siap jual lagi..huuhuu skrg dah tak larat....sedap nya masak lemak pedas2,lagi pedas lagi umphhhhh

    ReplyDelete
  4. uhhhh..
    terbaek nie kak..
    faveret.

    ReplyDelete
  5. Esei paling suko masak lomak ni ha. Omak esei kalo buek ni mmg buek lidah terseliuh.

    ReplyDelete
  6. masak lomak.. ...guna santan asli lagi best kan ,...santan kotak kurang lomak tak ada umphh !!

    ReplyDelete
  7. sedap puilak nampak..akk pernah makan tapi daging salai masak lemak cili api..memang terangkat sunggh

    ReplyDelete
  8. ika suka ayam masak lemak cili api ni, fav kot, klau pedas lg sedap..hihi

    ReplyDelete
  9. Piewww... ayam kampung masak lomak.. Mmg sodap bona. Tak tertolak den klu dapek nih.. :) :)

    ReplyDelete
  10. okeh. ini memang sedap sekali nih.

    ReplyDelete
  11. wah.. sedapnya.. lama tak mkn ayam kg...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM