Wednesday, August 13, 2014

# Cerita Kat Opis # Kursus

[Kelas Menjahit] Kasi Cantum Semua!


Assalamualaikum!




Walaupun time ni puasa, kami masih bersemangat meneruskan kelas menjahit ni hehe. Berkobar-kobar masing-masing nak menyiapkan tugasan. Kali ni kami belajar cara nak cantumkan pesak, lengan dan kekek dengan badan. 

Mencabar wooo! Ni la pertama kali aku nak merasa belajar cara nak cantumkan bahagian-bahagian ni sumer. Walaupun senang je nak jahit guna mesin, tapi Kak Gee suruh kitaorg jahit jelunjur dulu untuk bagi kitaorg faham bahagian mana yang perlu dijahit dan dicantumkan.

Dengan cara begini, baru kitaorg boleh dapat gambaran camne bahagian-bahagian tu sumer membentuk sehelai baju huhu.




Memula tu memang konpius sikit nak cantumkan bahagian-bahagian ni. Nak jahit pelipat lagi dari atas sampai bawah lagi. Tapi, aku kena cuba buat sendiri jugak kang tak faham sampai ke sudah!




Tekun sungguh kak long menjahit hehehe. Masa ni aku dok jahit jelunjur untuk bahagian pesak kot. Jahit jelunjur pun aku dah lama tak buat hehe. Bila Kak Gee suruh kitaorg jahit tangan ni la, baru kami nak belajar balik cara jahitan asas yang pernah kami belajar Form 3 dulu haha.

Aku ingat lagi time Kemahiran Hidup, cikgu ajar beberapa jahitan asas macam jahit sembat, jahit jelunjur halus/kasar dan jahit silang pangkah. Jahitan lain langsung aku takleh nak recall dah pasal terlalu lama dan memang tak amalkan pun lepas tu.

Rugi kan! bila dah tuhak ni la baru nak belajar balik jahitan2 tu sumer. 

Haih....





Ginila ghuper jahit jelunjur aku. Hodoh kan! haha. Senget benget jadinya, tapi Kak Gee kata ni sekadar nak bagi kami faham je bahagian mana yang perlu dijahit. Nanti kitaorg akan jahit semula guna mesin jahit dan pastinya jahitan mesin akan jadi lebih cantik dari yang ni!

Barulah aku dapat gambaran macam mana rupanya kekek tu disambung pada bahagian lengan dan pesak huhu. Memula aku belajar pun Kak Gee kata "sekarang kita buat kekek ye" Hah?? kekek?? kekek tu natang mende? haha.

Dashyat! tu pun tak tau ke :p




Haaaaa dah hampir siap baju kurung aku hehehehe. Cam tak caya je aku yang jahit baju ni hahaha. Tapi kain belum buat lagi huhu. Takpe, tunggu kain dah siap nanti leh sarung!

Sukenyeeeeeee! Tak sabo nak pakai ramai-ramai baju ni nanti hehehe ^^


7 comments:

  1. memang tak rugi belajar menjahit nie anim.. teringin nak belajar jugak..nanti boleh jahit baju sendiri.. jimat dah kos upah..=D

    ReplyDelete
  2. bestnya pandai jahit baju sendiri..:)

    ReplyDelete
  3. yeay..anim dah pandai jahit...akak jugak tak pandai2 lagi

    ReplyDelete
  4. Wahhh dah menjadi!! Cayaaa laaaa.. terbaik!

    ReplyDelete
  5. seronoknye pandai jahit sendiri..teringin nak blaja..

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik... saya pun sebenarnya berminat nak belajar menjahit ni.. tapi tak berpeluang & segan hehee. Terbaiklah Anim..:)

    ReplyDelete
  7. Wah.. Nnt blh la tmpah bju kat akk.. Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?