Punca Gusi Bengkak Dan Petua Merawatnya.

Friday, August 22, 2014


Assalamualaikum!


Tak selesa sungguh rasanya! Dah 3-4 hari gusi ni bengkak sampaikan nak makan pun rasa tak syok huhu. Kalau ikutkan kenyataan pakar pergigian, ini mungkin terjadi akibat kekurangan vitamin C dalam badan. Memang lately, aku kurang sangat makan buah-buahan. Sekali tu je la aku makan ... buah manggis huhu.

Buah limau pun dah lama aku tak makan. Kalau tak, dulu aku la 'hantu' limau segala! Sampaikan satu tahap, aku siap buat tutorial lagi macam mana nak menikmati buah limau! hehe :p. 

Selain kurang vitamin C, pakar pergigian berpendapat mungkin akibat dari malas gosok gigi. Eh, aku rajin gosok gigi ok. Lagi tak selesa kalau tak gosok gigi! dah la hari-hari pun dok bercakap ngan orang, kalau tak gosok gigi nak bercakap ngan orang pun segan!

Ada juga pendapat lain mengatakan, ia terjadi akibat dari pembentukan plak tidak berwarna pada leher gigi. Biasanya, plak tu berwarna putih juga dan melekat pada gigi yang dekat ngan gusi. Rasanya, aku dah cukup konfiden dah aku gosok di semua bahagian gigi ni. Tapi, mungkin kerana keadaan berus gigi kot yang menyebabkan berus tak leh masuk celah-celah gigi dan plak tu mungkin tersangkut di situ. Hurm....


sumber : google

Lebih kurang gini la rupa gusi aku. Tapi, takda la merah camtu. Cuma bengkak tu je la. Time makan pun tak selesa, tak makan lagi tak selesa! Rasa cam bengkek je gusi tu hehe.

Semalam aku spend time 15 minit hanya untuk gosok gigi! Habis sume celah pah bedah aku gosok. Terutama kat bahagian leher gigi dan bahagian belakangnya. Pasni, kena tukar berus gigi baru la jawabnya.


Petua Merawat Gusi Bengkak

Kalau ikut petua orang lama-lama, ada beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk mengubati gusi bengkak ni :

  • Kumur ngan air garam atau sapukan garam pada gusi yang bengkak.
  • Rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan seketika sampai sejuk, kemudan berkumurlah dengan air rendaman tersebut.
  • Hancurkan umbut nanas dan campurkan sedikit dengan garam halus. Tampal pada bahagian gusi yang bengkak.
  • Ambil sedikit kulit pokok mangga/mempelam, rebus dalam air hingga mendidih dan campurkan sedikit garam. Apabila sudah suam, bolehlah berkumur dengannya sehingga bengkak gusi hilang.

So, aku kena cari garam la pasal garam paling senang aku boleh dapat hehe. Jagalah gusi anda sebelum anda kehilangan gusi. Gigi takda boleh pakai/tanam gigi palsu. Gusi rosak berdarah .... hang nyesai pun takda guna dah!


sumber : SINI dan SINI



You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. bila dah sakit macam nie,memang payah nak buat kerja lain

    ReplyDelete
  2. Semoga bengkak akak surut..Ena bengakak gusi, kalau nak tumbuh gigi.. kalau kes macam ni belum lagi terjadi

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer :)

    ReplyDelete
  4. hui. mmg pnh merasa juga azab gusi bengkak.. mmg kumur air garam je utk redakannya..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum .Hahaha saya faham apa yang cik rasa tu haha .Saya ada cara untuk membantu cik .Sudi sudilah melawat ke blog saya :)
    Rahsia Rawat Gusi Bengkak !!

    ReplyDelete
  6. Ooo kurang mkn buah ke hmm ptt la sy kerap bengkak gusi sampai mak pon tegur.Apapon tq diats petua yg dberi.

    ReplyDelete
  7. kumur air garam pedih tak? sebab gusi rasanya bengkak ngan luka. kunyah makanan pon pedih. alahaiii.. nak buat kerja pon susah... tak selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lukanya besar mungkin pedih la kot. Tapi better pergi jumpa doktor juga ye sis, takut masalah lain berbangkit

      Delete
  8. Kalau benkak kat gusi belakang camne..sakit la nk mkn..

    ReplyDelete
  9. Sy bru je dpt sakit gusi.. Dh 3 hari.. Ingatkan sbb gigi bongsu ni tumbuh.. Tp.. Pelik.. Gusi tindih gigi tu plak.. Mcm trkoyak pun ada. Aduh sakit gila wo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. then you buat ape? i tgh mengalami nye :'( menangis woo

      Delete
    2. Kepala berdenyut² sampai xboleh nak fokus buat keje

      Delete
  10. Tq for the tips! saya baru alami gusi bengkak mmg tak selesa.:(

    ReplyDelete
  11. Skrg tgh merana gusi bengkak kt gigi geraham belah kanan. Dah la gigi geraham blh kanan tgh buat rawatan akar xsettle lg. Sadis btol nak makan. Nafsu nk mkn mcm2 tp sakit gila nak ngunyah. Btw thanks tips. Skrg jgk p lunur garam

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome dear, moga cepat sembuh ya :)

      Delete
  12. Maw nangis dibuatnye weiii

    ReplyDelete
  13. kene byk2 la makan limau.. jgn makan kulit sekali dah la.. sebagai perevention

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM