Sentap Bila Ditegur Anak!

Thursday, August 28, 2014



Assalamualaikum!




Aku ingatkan 'fenomena' Frozen sudah berakhir cuti sekolah hari tu. Rupanya, budak-budak ni dalam diam dok berangan dengan citer kartun tu lagi. Adik siap cakap kat aku, nak 'bela' Olaf! hahah hadoiii pening aku ngan anak dara kecik ni!

Semalam dalam kereta aku tengok buku kaler Frozen ni dah ada atas tempat duduk kat belakang. Pak Jelan siap bagi 'warning order' kat aku lagi, jangan marahkan kakak sebab buku tu. Buku tu dia yang belikan. Ye la ye laaaa! I tak marah la!

Malam tadi, dua beradik ni dok berebut nak mewarna. Aku duduk kat tepi diaorg sambil belek WhatsApp tersengih sengsorang macam kerang busuk wangi hehe.

"Bu ni tak macam dulu la ....!"

"naper pulak?"

"dulu ibu selalu teman kakak mewarna. Sekarang asyik tengok henpon je!"

Panggggggggggg!!!!!!

Sakit ..... tapi bukan di pipi.

*campak henpon duduk tepi kakak, amik pensel kaler dan kaler Frozen

Maafkan ibu sayang ....

Lesson learnt! >.<


You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Bila anak sound camni.. memang tertusuk jiwa...

    ReplyDelete
  2. Kan? Tapi depa tatau kita pegang hp, ada masyuk. Hihi
    * tqvm sudi komen kat entri akak. Lipstik tu ikut darah.. Hihi

    ReplyDelete
  3. Tepat mengena kat ibunya. Hehe. Adik sedara sy kalau jumpa dia, tak habis2 dok cerita pasal citer Frozen. Smpai sy nak online,dia suruh buka lagu Frozen. Penat mau melayan benda yg same.

    ReplyDelete
  4. Diorg nak akak join support diorg mewrna skali tu

    ReplyDelete
  5. benda yg selalu diingat.
    anak tu anugerah..kan..kan..
    sakit sikit xpe, baru rasa..hu

    ReplyDelete
  6. Okay ena baca pun agak tersentap.. sobs!

    ReplyDelete
  7. let it go.. let it go... hahaha

    ReplyDelete
  8. Itulah anak2 jujur... X pndai nak menipu... Hmm...

    ReplyDelete
  9. Akak pun sama kena tegur sbb asyik dgn wassap..huhu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM