Wednesday, August 27, 2014

# Pasal Blog

Tutorial Masukkan Google Form Dalam Entri


Assalamualaikum!


Lamanya aku tak berbicara pasal coding-coding blog ni kan hehe. Sebenarnya, aku bukan pro sangat bab-bab coding ni. Ilmu yang aku dapat ni pun secara tak sengaja timbul hasil dari perbincangan aku dengan seorang rakan dan juga otai dalam dunia blog!

Aihh segan plak nak mengaku sebagai rakan, bukan sebab malu sebab dia blogger!! Hey, aku pun blogger juga walaupun sekadar picisan huhu. Aku segan sebab dia sudah pangkat senior dalam dunia blog, dan ilmunya berkaitan ilmu blogspot ni dah setinggi Gunung Everest. Aku ni ha kaki bukit pun tak sampai lagi hehehehe ^^

Sapakah gerangannya itu? Haaa nanti aku citer dalam entri lain hehe.

So, back to the topic. Hari ni aku dapat satu lagi ilmu baru berkaitan dengan blog. Ini yang aku nak sharekan pada korang semua terutama newbies kot-kot kalau ada yang sudi nak bertuto ngan aku hehe.





Tutorial Masukkan Google Form Dalam Entri

Google form yang aku gunakan kali ni, aku ambil dari yang dah sedia ada. Kalau korang tak tahu macam mana rupanya Google form ni, boleh rujuk gambar di bawah.

Maksudnya, orang beri kita google form dan kita just nak masukkan aje dalam entri tu. Ada orang just bagi link dan suruh orang klik, aku plak suka letak borang dalam entri so either one pun boleh buat ikut keselesaan korang.

Kalau korang tak tahu bagaimana nak buat google form ni, haaaa sifu kita dalam dunia blogspot ada caranya! Korang boleh klik SINI ^^


1.  First, bila aku dapat link google form ni aku klik. 



2. Bila dah klik link tu, nampak tak url link yang dalam kotak merah tu? Korang copy url link tu dah paste dekat notepad dulu.


Contoh google form Ecover

3. Then, korang pergi dekat entri blogspot dan klik dekat HTML




4. Copy code di bawah ni, dan pastekan ke ruangan HTML tadi. Biasa orang letak google form bawah sekali di penghujung entri. Korang draft dulu ayat di atas, last sekali baru letak code ni. Faham??




URL GOOGLE FORM = link url google form yang dicopy awal tadi.
500 = boleh letak ikut kesesuaian
560 = boleh letak ikut kesesuaian

*Penting untuk korang adjust kelebaran (width) dan ketinggian (height) google form mengikut ukuran yang sesuai. Kalau nak senang, ikut cam aku punya di atas hehe.


5. Gantikan url tu dan masukkan dalam coding di atas, kemudian copy dan pastekan di ruangan HTML sperti di bawah ini.





6. Dah siap! Preview dulu kemudian kalau jadi boleh Save ^^


Kalau korang nak tengok hasil sebenar, korang boleh terjah SINI ^^

Begitulah cara aku masukkan google form. Memula memang blur sampai kena tanya pada blogger otai. Tapi, bila aku baca dari blog beliau cara-cara dan kaedah-kaedahnya, baru aku dapat idea untuk masukkan coding ni.

So, pada yang nak mencuba boleh mencuba. Sekiranya korang berjaya, alhamdulillah ^^. Jangan lupa sebar-sebarkan ilmu sesama kita ^^

Selamat mencuba!

9 comments:

  1. emmm..ingat nanti nak try buat jugak la...akak bookmark dlu

    ReplyDelete
  2. Sy guna bila ada entri yg berkaitan bisnes, memudahkan redirect contact melalui email berbanding ruangan komen... betul ke anim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga begitu PCL, kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang di ruangan komen. Kaedah google form ini membolehkan kita berhubung terus dengan pembeli melalui emel, sekali gus semua pertanyaan atau inkuiri boleh dijawab secara personal di sana. Wallahualam :)

      Delete
  3. nice sharing!
    nk buat jgk nnti ni
    tp kdg2 customer plak leceh nk isi borg
    tp senang kita sbg seller nk alert pada serious buyer je kan ? :)

    ReplyDelete
  4. skrg tgh nak buat contact form gak dlm blog.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing..dah tengok kat link yg anim share tadi..=D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates