Ibu Anak Sama Naik Tocang!

Wednesday, October 01, 2014


Assalamualaikum!




Antara saat paling indah dalam hidup seorang isteri ialah bila suaminya belanja makan! Rasa touching kejap bila suami ko sanggup beralah semata-mata nak ikutkan tekak ko makan char kuey tiow! Padahal beberapa hari sebelum tu ko dah mentekedarah sepinggan kan! hahaha :p

Tapiiii nikmat beli sendiri ngan suami belanja tak sama maaaa! Sedapnye lebih lagi bila suami yang belanja ... setuju?? ngeeee :D


Disebabkan aku gian sangat ke char kuey tiow, Pak Jelan sanggup order sepinggan tuk dia walhal tak makan nasi lagi dari tengahari tu huhu. Takpe bang ... diet sebentar namanya tu heeee :D

Dah kenyang perut memasing, kami ke kedai Meei Mei pulak. Macam biasa la, Pak Jelan gatai sangat pi berjanji ngan anak dara sulung tu, langsung dituntutnya sampai masuk kedai! 

Memula dia minta nak beli getah warna warni yang orang sekarang dok buat gelang, aksesori kat tangan bagai tu. Yang Pak Jelan pun ikuttttt kan aje ape kakak nak ...! Sampai tujuhbelas hengget benda alah tu ...?! 

No way! Aku tak bagi ... suruh kakak pilih benda lain.



Last-last Pak Jelan belikan dia beg sekolah. Ok fine ... yang tu aku bagi hehe. Sebab beg sekolah beroda dia dah serupa dialog : 


ni beg sekolah ke belacan?

beg sekolah pun boleh ... belacan pun boleh




Berkenan pulak aku nengok beg sekolah kakak ni. Ada dua kaler, satu lagi pink siap ada polka dot lagi! Tapi melihatkan ke'buas'an kakak, aku nasihatkan amik saja kaler hitam ni hehehe :p

Seronok arr kakak ... ayah belanja beg sekolah. Beg beroda tu memang nak kena humban dalam plastik sampah nampaknya, sana sini dah koyak rabak pastu roda tercabut! 

Haihh .... ko makan ke ape beg ni kak???

Lepas ni no more beg sekolah beroda! Datanglah tema ape pun .. barbie ke princess ke superhero ke ibu takmo belikan dah!


Tips memilih beg sekolah 

  • Jangan pilih beg beroda - beg sekolah beroda sangat berat walaupun belum diisi dengan buku. Postur badan anak akan menjadi tidak stabil dan membongkok kerana menanggung beban yang berat!
  • Pilih beg yang selesa dan sesuai - mungkin ia kelihatan comel bila ditarik seperti beg bagasi. Hakikatnya, tidak elok beg sekolah diseret di atas lantai/jalanraya. Buku sepatutnya diduduk di atas bukan di kaki! Jadi, tanggunglah beg sekolah dibelakangmu dan bukannya diseret!
  • Pilih material yang sesuai - ada beg yang diperbuat dari material tahan lasak dan sebaliknya. Jika anda tahu anak anda seorang yang aktif dan 'buas', pilih beg yang jenis materialnya tebal supaya tidak mudah koyak atau tercabut!

Last but not least .....




Ingat si kecik tu nak 'lepas'kan ayah dia camtu je? Dia dari dulu memang pandai 'ketuk' ayah dia hahaha. Bodek punye bodek, pujuk punya pujuk berjaya gak aku hasut dia suruh beli mainan Lego ni. Baru RM4.90 kat kedai Meei Mei hehe. Ok la ... dari beli getah warna warni tu ... habis berterabur satu rumah kang!

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Hahaha comel beg kakak tu pink hitam

    ReplyDelete
  2. Hihi...comei je dialog kakak...hihi

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kakak dapat beg baru dah hujung2 tahun ni... :)

    ReplyDelete
  4. char keu teow jugak akk makan..hhee..feveret tu...cntiknya beg tuu

    ReplyDelete
  5. Aik...hujung2 tahun tukar bag? Sama la dgn Dania...tahun ni je 3 bag sekolah

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM