Krisis

Thursday, October 23, 2014


Assalamualaikum!


Lately pesen perangai dia memang annoying. Sikit-sikit marah adik ... sikit-sikit jerit kat adik. Memula aku boleh sabar lagi, layankan pertanyaan dia walaupun soalan dia memang yang mengarut-ngarut pastu jawapan yang kita beri dia takleh terima! Hok aloh ...

Takkan sebab beralih bulan? Relevan lagi ke benda tu?? hehe

Tak suka marah budak kecik. Apapun kesalahan yang mereka buat, sedaya upaya aku akan cuba tanya dan selami sampai ke akar umbi! Marah selalu pun tak elok untuk diri mereka. Pasal tu jugak la aku kena tarbiyah ngan Pak Jelan malam tadi ... hehehe.

Mana tak hangin ..! dia tanya soalan pastu kita bagi jawapan, dia boleh cakap benda tu salah! Banyak kali pulak tu ...tiap kali dia tanya tiap kali tu la kita dikatakan salah. Kalau tak layan pertanyaan dia, nanti dikata kita tak sayang, tak endahkan dia. 

Bila dah 'mendidih' apa lagi .... "dah la bang ... cakap macam mana ngan kakak pun tak guna!"

Denggggg! I wish i didn't say that ..! T__T

Ye ... memang kakak tak guna. Kawan kakak pun cakap kakak tak guna! *air mata kakak berjujuran jatuh ke pipi*

Dengggggg! 

Aku pandang Pak Jelan .... Pak Jelan tenung aku tajam! Sesalnya tak boleh cakap la...! Walaupun bukan itu yang aku maksudkan dalam hati, tapi lidah sudah terucap yang tak sepatutnya pada kakak.

Bila kakak cakap macam tu, aku rasa bodoh sangat! Bodoh kenapa itu yang terucap keluar dari lidah ini. Sedangkan sepatutnya aku yang kena banyak bersabar dan cakap leklok dengan dia. 

Kenapa kawan cakap kakak tak guna?

Kakak tulis nama diaorg sebab diaorg bising dalam kelas .... pastu diaorg cakap kakak tak guna....!
*tersedu-sedu menahan tangis sambil kesat air mata kat pipi*

Hurm ...

Patut dia moody semacam lately. Aku pulak pergi tambah 'garam' kat luka dia, lagi sedih la hati dia. 

Allahurobbi T__T

Pastu aku berdiam diri. Bercakap dengan dia pun tidak ... duduk kat dia pun tidak. Bukan sebab aku marah ... memang dah tak marah dah tapi malu .... malu ngan keceluparan diri ini ...

Tak tahu apa nak cakap nak pujuk hati dia. Dah la kat sekolah kawan panggil 'tak guna', kat rumah ibu cakap macam tu pula T__T

Malam tu sebelum tido, aku pergi dekat kakak. Duduk sebelah dia dan usap rambutnya.... 

Maafkan ibu sayang ... bukan ibu cakap kakak tak guna. Ibu tak bermaksud macam tu...tak pernah ibu doakan yang tak elok untuk anak-anak ibu. Ibu sedang marah waktu tu .. ibu salah dan ibu minta maaf. Kalau kawan kakak cakap lagi kakak tak guna atau cakap kasar dengan kakak, jangan layan diaorg. Ibu tau kakak tak bersalah. Yang penting ibu tau kakak baik, takkan balas apa yang diaorg cakap. 

Ibu sayang kakak dunia akhirat. Jangan marah pada ibu ye sayang ... ibu minta maaf. 

T__T





You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. alahai tacing nye..kesian kakak.....

    ReplyDelete
  2. Fisha pun dah rajin buat perangai dengan daddy dia

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  3. Bila amarah mguasai diri pasti kita akan trlps ckp kan

    ReplyDelete
  4. Alahai... Touchingnya. Mmg kna cntrol emosi berhadapn ank pmpuan ni kan...

    ReplyDelete
  5. Sedihnya kathy baca. Kekadang terlepas juga kata² tak elok bila marah. marah kan panas,panas itu api,api itu syaitan. Kathy pun sll jg tlepas cakap. Nyesal jg. Tp itulah.....

    ReplyDelete
  6. Memang mencabar dengan anak perempuan ni. Banyak potpet satu hal. Ada adik suka bergaduh. Sementara nak besar kan

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM