Kun Faya Kun!

Friday, October 24, 2014


Assalamualaikum!


Dugaan ... halangan ... cabaran ...call it whatever you want. Itulah yang aku tempuhi hari ini. Correction ... yang kami tempuhi hari ini. 

Kereta kami meragam lagi. Pada hari yang aku ada event pulak tu! Kali ni dia attack batang paip radiator. Pak Jelan perasan bila icon temp kat dashboard naik mencanak pastu lampu berkelip. Ape hal ....???? 

Buka bonet depan rupanya .... tudiaaaaaa ayaq memancut kuar dari batang paip radiator! Aku tak tau la apa istilahnya dalam bahasa mekanik, tapi tu la yang aku faham pun.



Assudoh! nak gerak camna ni Hani ... paip bocoq! 

Singgah stesen minyak Shell .. Pak Jelan buka balik bonet. 

Jam 10.15am ... dan lagi kot. Cuba untuk fikir positif .. cuba fikir yang Pak Jelan mungkin boleh repair paip tu. Pak Jelan kan terer :D

10.30am dan kami masih melangut di situ. Nak gerak ke bengkel tak berani. Sen pulak tak berapa nak ada dalam poket, menunggu klem yang tak kunjung tiba ... hurmmm. 

11.30am ... hurmm event dah start. Kalau gi pun dah makan masa kat trafik jam dan nak cari tempat lagi. Hurm .. takpe, think positive ... mungkin belum start lagi ... mungkin Fazura tak sampai lagi macam aku ... kan kan kan (hehehe)

Pak Jelan surrender .... katanya kena bawa gi bengkel jugak. Atau pun beli barang kat kedai pasang sendiri. Pasang sendiri ??? Bawak gi bengkel laaaaa ....!




Awek ni keciwa ... tapi pasrah.

Mungkin semua ini ada hikmahnya. Dah takda rezeki nak gi event tu, nak wat cemana. Kalau dah Allah kata tak boleh, maka siapalah aku nak menolaknya. Mujurlah anak-anak takda, duk kat sekolah. Kalau tak .. kesian kat diaorg kena berpanas berjemur ngan kami.

Sedapkan hati sendiri ...

Maka melangut la kami berdua di tepi stesen minyak tu selama hampir 2 jam! Tepon punye tepon, wassap punye wassap akhirnya ada hamba Allah sudi membantu. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Huh ... ingat ape? citer dah habis? happy ending ...? takde maknenye la ...!

Pak Jelan pergi kedai beli barang, bawa gi bengkel upah orang pasang. Tapi pomen takmo buat! 

Ala bang ... kete banyak la ini hali.

Hah?? kepala hangguk mung! kalau ko cakap kete banyak, boleh buat tapi kena tunggu sejuk la jugak hati ni mendengarnya. Ini belum apa-apa ko dah rejek! Mentang-mentangla kos murah ... ko layan tak layan je! 

2.30pm ... langit semakin gelap. Di tangan ada paip yang baru dibeli dari kedai sparepart. Dah pergi semua bengkel kat seksyen 8 ni tapi satu pun taknak buat! Nak gi jauh lagi ...tak berani! 

Temperature naik balik! >.<








Aku di ofis dia di stesen minyak tadi. Sebelum gi bengkel, Pak Jelan hantar aku balik ofis takut terlewat. Ingatkan dapat setel kat bengkel, akhirnya sorang-sorang juga dia ngan kete tu T__T






Hari ini dalam sejarah Pak Jelan jadi pomen sendirian berhad. Kalau tukar tayar atau pasang bateri kereta dia ok lagi. Tapi bab tukar paip radiator memang dia tak pernah buat! Itulah hikmah tengok pomen kat bengkel buat keje kan hehe.

Brader baju merah tu setia teman Pak Jelan jadi teman berborak. Kalau tak mati kutu jugak Pak Jelan dok sengsorang kat situ sementara nak tunggu aku sampai. Dia la yang tolong bagi pinjam playar. Kemain khusyuk dia tengok Pak Jelan merepair hehe.

Pastu sempat lagi dia buka cerita ...

Saya pernah jumpa orang guna kete, minyak hitam kete dia kering! CRV pulak tu. Memula dia kata temperature naik. Kita tolong kasi tambah air la kan. Cek apa yang patut ... bila kita nak cek minyak hitam terkejut tengok ....kering! Kat besi penanda tu takda minyak langsung! hahaha. Aduhh.... ini orang tau bawa kete je. Perempuan pulak tu bang!

Hahahaha tudiaaaa....minyak hitam sampai kering jadinya baq ang! Teruk nau pesen gitu kalau minyak hitam kete pun tak reti nak cek. Boleh meletop kete wooo! Lenkali cek minyak hitam kete. Seminggu sekali ke ... 2 hari sekali ke. Jangan tau bawak je!





Rupa batang paip radiator yang bocor. Yang hitam likat tu kesan chewing gum Pak Jelan letak hahaha. Buat tampung sementara nak gi kedai beli sparepart dia.




Baru ...

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Pak Jelan ganti paip radiator ni .. berseorangan! Beli kat kedai sparepart baru RM25, tapi kalau pasang kat bengkel mau kena dekat RM180+ campur upah. 

Leceh jugak kerjanya, barangkali sebab tu semua bengkel taknak terima 'job' ni. Tukarnya satu je, tapi nak kena buka banyak skru dan part! huhu.

Berpanas dan berhujan, tapi syukur Allah masih pelihara kami sehingga selamat sampai umah. Kesian Pak Jelan ... dugaan sungguh hari ni. Semua yang berlaku ni memang ada hikmahnya. Tak pasal-pasal Pak Jelan dah pomen bertauliah hari ni hehe.


Maha Benar Firman Allah :

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
[Surah Yassin : 81-83]


 Salam Maal Hijrah 1436

You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Alhamdulillah...nasib baik xde apa2 yang teruk berlaku....mungkin ada hikmah Hanim x pi event tu...nanti allah gantikan dengan event yang lagi besar...kan? jgn lupa akak dah la...eh..eh....

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Pak Jelan. Anda ditauliahkan sebagai pomen gigih!

    ReplyDelete
  3. mjr lh pak jelan pndi jgk.klo x, mcm mn lah tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... memang mencabar keimanan bila kereta rosak di tengah jalan. Nasib baik Pak Jelan rajin skodeng pomen masa kat kedai.. :)

    Hilangkan Gastrik Dengan ESP Shaklee

    ReplyDelete
  5. Pengalaman tu sbnrnya... Pengalamn tu guru yg terbaik...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM