Nak Nangis Rasa ...!

Monday, October 27, 2014


Assalamualaikum!

Nangis .... ketawa ....

Aku tak tau samada aku patut nangis atau ketawa. Mengenangkan peristiwa seminggu sebelum kakak nak exam. Dan mengenangkan dialog dia sehari sebelum nak exam ... memang boleh buat aku ketawa dan nangis dalam satu masa!

Haihh ....

Minggu depan kakak exam tau bu ...

Iye? ok ... so start ujung minggu ni no iPad tau!

ok ...


Beria aku menetapkan syarat tak bagi dia main iPad supaya dapat tumpukan perhatian pada persiapan nak exam. Dia pun ok je aku tengok, mimik muka macam biasa ready nak menduduki exam.

Semalam ...




Memang lain dari yang lain anak aku ni. Ibu dulu kecik-kecik nangis-nangis takmo amik exam. Kakak boleh cakap tak sabar nak exam .... hahaha adeh .... salute to you la kakak!

Dan berbekalkan semangat kakak tu la, ibu menghantar kakak ke sekolah pagi tadi, salam dan peluk cium sambil membisikkan ...

"buat leklok ye kak. Baca doa sebelum buka kertas..." 

Perghh ayat macam anak nak amik SPM pulak kan ... hahaha :p. Korang takda anak lagi .. anak kecil lagi ... tunggu la anak korang masuk sekolah nanti baru korang rasa apa yang aku rasa hehe :D

Dan tenghari tadi, Pak Jelan datang kepadaku menceritakan apa sebenarnya yang berlaku ...

Abg gi amik kakak cam biasa tadi ... sekali dengar kawan dia cakap, "Wani, jangan lupa tau ... bulan 11"

"Naper kak? apa yang bulan 11?"

"Kakak exam bulan 11 rupanya yah ... "

"Lorrrr .....! Habis tu .... yang kakak kata minggu depan tu ape? minggu ni la kan ..." (Pak Jelan dah gelak-gelak)~

"Tak .... bulan 11 baru exam..."

"Habis tu ... kakak tak bawa buku, bawa beg kecik ni ... cikgu tak marah ke?"

"Tak ..."

"Siapa lagi yang tak bawa buku?"

"Kakak sorang je ..."

Huwaaaaaa hahahaha .... sekarang korang faham kannn! Nangis ... ketawa ... berayaq mata aku bila Pak Jelan ceritakan kat aku. Pecah perut kami laki bini dalam kereta mengenangkan perangai kakak yang tak habis-habis blur!

Beria kakak bila bagitau aku yang dia exam minggu ni ... padahal?? Huwaaaa!

Adeh .... kakak oh kakak.



You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. eh..awat lambat sangat exam nya..sekolah anak saya dah habis pun exam..lambat sangat.lkalau saya jadi kakak pun saya tak sabar nak exam.dah lambat sangat nak nunggu..ekekekke

    ReplyDelete
  2. Huwaaaa.....patut la dia excited jer..hehehee...cuti la seminggu ipad ye..irrayyan.com

    ReplyDelete
  3. Harap nanti, fisha jadi pelajar yang pintar dan suka cabaran dalam hidup dia he..23x

    Harap dia boleh hidup tanpa iPad dan hp he..23x (jangan jadi macam daddy dia)

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  4. hahahhaha..adeh nasib cikgu tak marah bawak buku sikit je..ish ishish

    ReplyDelete
  5. hahahahha..kakak ni comel la..pengsan tau aunty zarith baca ni gelak kat opis sorang2...haha

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  6. Adeh.. Ni sekali dgn mak bapak pening... Hehe

    ReplyDelete
  7. Ya Rabbi anak oh anak! ha ha ha ha ha :)
    serupa la dgn anak aida no 2. kalau tak pasal kakak, dia pun blurrr 24 jam.
    alahai sayang.... sib baik cikgu tak marah ekk :)

    ReplyDelete
  8. Hihihhh...sabar jer kakak...tak sabar nak exam eh?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM