Thursday, January 29, 2015

# Pengalaman Bersalin # Story Kenit

Hamil Anak Ketiga Boleh Jadi Gemuk?


Assalamualaikum!




Pengalaman mengandungkan dua orang anak serta bersalin secara c-zer dan normal tidak cukup untuk menjadikan badan aku berisi atau gemuk. Kenaikan berat badan aku dari 45kg masa mengandungkan kakak dulu naik sehingga 65kg di akhir trimester hanya mampu bertahan selama 9 bulan 10 hari je hehe.

Tempoh pantang 44 hari dengan pantang yang strict giler dari mak sekejapan je dapat menurunkan kembali berat badan ni. Disebabkan c-zer .... segalanya disekat! Makan ... nak pulak makanan sedap-sedap macam sup tulang ngan ikan tenggiri masak kicap ((hehe)) semua pun tak boleh sentuh. Menyusu badan pulak tu ... lagi cepat turun!

Akhirnya aku dapat berat ideal 55kg ... sesuai dengan ketinggian 170cm. Time tu baru tau seronok rasanya badan berisi begini hahaha :p

Time mengandungkan adik juga sama. Berselera aku makan dari awal sampai nak bersalin. Berat dari 55kg naik balik jadi 70kg! Sampai aku kena minum air gula 3 kali ... sebab missy suspek aku ada kencing manis! Tapi mujur alhamdulillah ... takda apa pun. Cuma aku kuat makan time tu hehe.

70kg ... itulah berat badan yang tertinggi pernah aku capai. Itu pun masa pregnant haha. Memang beza betul rasanya jadi orang berbadan besar/berisi ni. Tapi sayang (ceh! sayang konon haha!) .... hanya mampu bertahan 9 bulan jugak hehe. 

Ingatkan dah bersalin normal ni .. mak bagi 'longgar' sikit peraturan bab-bab makan ni. Rupanya idokkkkkk! Pantang strict jugak citernyeeee ...! hehe. Macam mana aku pantang time c-zer, cam gitu jugaklah aku pantang time normal. 

Gambar kat atas ni gambar tahun lepas. Sekarang ni pun takda beza aku tengok. Bila kawan sekolah komen gambar ni di fb, cakap aku tak cukup 'kembang' dan suggest aku pregnant buat kali ketiga ... rasa kelakar jugak. Aku ni nampak je kurus dari luaran tapi aku pun macam mak-mak lain jugak ada kebuncitan di sana sini ((haha)). Aku tak tau la samada aku ni pesen susah nak naik berat badan atau belum 'masa'nya untuk aku menyerlah lagi! haha.

Mungkin benar cakap kawan aku tu ... mana tau pregnant kali ketiga ni boleh jadikan badan aku berisi balik? atau kekal berisi selama-lamanya? haha.

*Sebelum aku akhiri entri ni ... sehingga entri ini ditulis aku belum lagi disahkan hamil. So, jangan speculate nooooo! :p


22 comments:

  1. suspen jugak bila baca tajuk entry yang1st tu.hehehe..lepas ni boleh pregnant lagi...akak dari mula pregnant,sampai dah 4 bulan ni,berat badan still macam tu jugak..tak naik Pong!!..confuse...makan?kurang selera...uhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mujur anim dah kasi warning order di akhir entri :p. Kalau tak selera makan tu takpe jugak la berat badan tak naik ... tapi anim yang kuat makan ni pun tak naik-naik jugak ... ape kes? hehe

      Delete
  2. ok la klu berat badan x naik...akak lps bersalin anak pertama berat 40kg je..lps bersalin anak kedua dan anak ketida pula berat naik smpai 45kg smpai le tahun 2013..tahun 2014 smpai le skrg berat akak mendadak naik 54kg...jenuh dah diet tapi berat tetap gak mcm tu..huhu..terasa bdn berat sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! slimnye akak hehe. 54kg tu kira dah ideal bagi anim tu hehe :D

      Delete
  3. Baru nak buat spekulasi. Hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha akak ni.. wawa nk kurus.. akak lak nak besar..
    tp tinggi jugak akk 170.. wawa yg 165 ni pon rase dh paling tinggi antara rakan2 wawa heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berat badan akak naik pun, orang still consider akak kurus sebab akak tinggi haha.

      Delete
  5. betul arrr mengandung ke-3 ni payah betul nak turun..faktor usia kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? anim tak tau sebab tak pregnant lagi :)

      Delete
  6. saya ni masa mengandung anak pertama memang berat naik sampai lepas pantang pun naik berganda//lepas tu diet2 beranak kat anak kedua paling berat pun badan ni cuma 64 kg..habis pantang tak la susuah sangt nak turun nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada orang kot sis .... ada orang senang naik senang turunyya. Ada yang senang naik susah turunnya :)

      Delete
  7. saya pulak pregnant sulung skang ni. Berat awal pregnant dalam 66kg. Sekarang ni 82kg. Fuhh. mendadak. Nurse ingat saye kencing manis tapi tak pun. Dua kali minum air gula, normal hehe cuma kuat makan je. Nanti dalam pantang, gigih nk kurus balik hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni kes sama macam anim la ni dulu. Missy suruh minum sampai 3 kali ... takleh nak cheat sebab suruh minum depan dia haha. Moga sis selamat melahirkan dan selamat menjalani tempoh pantang nanti ye :)

      Delete
    2. tula. nurse asyik bebel je kata berat,berat. siap pesan diet tau lpeas pantang hihi. Skang 34 weeks. haraplah tak tambah lagi banyak2. Aminnn tq sis

      Delete
  8. sy masa prgnant anak pertama berat 52kg,, sebab lalu sgt mkn time prgnant maka berat naik hingga 70kg akhir prgnant... dah deliver ingt boleh kembali ke 52kg macam anak dara.. rupanya tidakk.. huwaaa.... susahnya nak kurus.. even breastfed kan baby... T_T sekarang prggy anak ke2... harap2 tak mengembang lahhh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan tahniah atas berita baik ni. InsyaAllah boleh turun tapi pantangnya mau betul-betul tak boleh cheat hehe. Memang time preggy selera makan cukup hebat ... hati bahagia la katakan hehe.

      Delete
  9. tingginya akak 170..huhu
    sy yg tak kawin ni pun susah nk turun berat badan..huhu
    follow kat sini..hihi
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
  10. bestnyer! kite ni mase mengandung naik dekat 11kg, mase pantang dpt berat sblm ngandung balik.. lepas je abeh pantang, terus naik balik berat, pffttt~

    ReplyDelete
  11. kalau berpantang ketat,memang cepat la turun. IbuNoey lak masa anak kedua ni,berpantang sendiri.tu dia,pantang biasa-biasa jer,berat tak dapat turun ke angka 4 dah..

    ReplyDelete
  12. ingatkn td akak dh preg anak ke-3. baru je nak cakap congratulations. mudahan dimurahkan rezeki akak utk dpt cahaya mata ke-3. klo terlebih comel mcm sy kak, susah gak, penat bawak diri. hihi

    ReplyDelete
  13. Hehe.. Best juga la kalau betul berat mngdung ketiga blh naik kan berat bdn.. Makan byk pun x naik2...

    ReplyDelete

Apa kata korang?