Wednesday, January 21, 2015

# Cerita My Pearls # Luahan Hati

Nurul Hazwani


Assalamualaikum!




Tahun ni kakak dah 8 tahun. Dah besar dah anak ibu yang sulung ni. Masuk minggu ke dua persekolahan, ibu tengok so far so good. Takde lagi insiden culture shock seperti tahun lepas hehe. Dan ibu harap sepanjang tahun ni, kakak dapat menghabiskan sesi persekolahan dengan happy dan tenang. 

Ibu pun tak risau banyak sebab kakak dah boleh berdikari sikit terutama bab menyiapkan homework. Kalau perlu bantuan pun time nak nyusun buku sebab kat jadual tu cikgu suka tulis nama subjek ikut shortform. Jenuh ibu nak mikior ape benda buku yang sepatutnya kakak kena bawa. Bila ibu tanya kakak ... kakak pun blur! Ha baguslah ... mak blur anak pun blur hehe.

Tahu tak kakak tahun ni kakak dah tak minum susu botol lagi! hehe. Ibu dulu stop time umur 7 tahun. Wan cakap puting botol susu kena gigit tikus terus ibu tak isap dah hehe. Dengan kakak ibu tahu ibu takkan boleh buat macam tu .. kang kakak banyak tanya mana tikusnya, naper tak tangkap, naper tak tukar puting baru blablablabla .... stress! hahaha.

Tapi alhamdulillah, kakak sendiri yang cakap kat ibu yang kakak nak berhenti minum susu. 




Satu lagi yang ibu perasan, kakak dah pandai tenangkan ibu. Time ibu sakit atau sedih, kakak la yang datang bertanya dan cium ibu. Paling terharu baru-baru ni bila ibu demam ... dan kakak sendiri yang pegi ambil tuala dan basahkan dan letakkan atas dahi ibu. Kalau bukan kerana badan ibu lemah sangat ... ibu dah peluk cium kakak di situ jugak! T__T 

Kakak pernah bagitau ibu kakak nak jadi pengawas. Tapi tahun ni kakak dijadikan sebagai ketua kelas. Pencapaian pertama kakak untuk tahun ini.... terkejut dan happy ibu mendengarnya. Harap kakak tak terbeban dengan tugas baru ni. Tapi kakak tahukan ibu selalu support kakak :)

Walaupun kakak baru berusia 8 tahun, kakak dapat memahami kepayahan yang ibu alami. Kakak tak kisah terkurang sedikit sana sini, asalkan cukup untuk keperluan sendiri. Ibu hargai sikap timbang rasa kakak ... sesuatu yang tak mungkin ibu boleh buat ketika ibu berumur 8 tahun. But you have made it ... and I'm so proud of you sayang. No matter what .... bear this in your mind especially in your heart ... that I'll love you dunia dan akhirat. I just want the best for you like every mother does.  

Hmm .. done for now. Lagi banyak ibu menaip lagi banyak takungan air kat mata ni kang. Kalau dah jiwa sensitip ... time menaip pun boleh nangis tau hehe. Ibu doakan yang terbaik untuk kakak ...all the way. 

:)


9 comments:

  1. Semoga menjadi anak yang soleheh. :D

    http://adarain.com

    ReplyDelete
  2. Sayu baca...
    Moga kakak jadi anak yg solehah ye.

    Sebaya dgn syuhada.
    Syuhada masih isap susu botol ha ha ha

    ReplyDelete
  3. semoga jadi anak solehah...Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn yarabbal alamin .... terima kasih atas doa kak :)

      Delete
  4. Sebaya ler dgn anak bongsu akak ...

    ReplyDelete

Apa kata korang?