Surat Lukisan

Wednesday, January 28, 2015


Assalamualaikum!




Lately semangat kakak lebih ke arah melukis. Semuanya bermula bila dia tengok satu video kat Youtube orang melukis gambar muka Harry Potter yang hampir serupa dengan gambar sebenar. Ibu cakap lukisan ni tak 'power' lagi kak. Pastu ibu tunjuk satu lagi video 'sand art' yang melukis guna pasir ....terus dua beradik ni terpegun! hehe

Ibu mengaku bab lukis melukis, sketching ni memang ibu agak ke'lemah'an sikit. Mungkin sebab ibu kurang latihan semasa kecil walhal mak ngah (akak) memang pandai melukis. Tapi entah kenapa bakat itu takda dalam diri ibu hehe.

Sebab itu bila anak dah masuk sekolah dan bila time anak suruh ibu melukis itu ini untuk kerja sekolah ibu surrender awal-awal. Sebolehnya ibu akan suruh kakak dan adik lukis dulu takat mana yang kakak dan adik tahu. Ibu hanya guide mana yang boleh sikit-sikit.

Alhamdulillah ... jika dibandingkan dengan ibu, lukisan kakak dan adik jauh lebih cantik dan hebat dari ibu! Even time ibu di umur kakak dan adik pun, ibu tak boleh melukis sepatah haram pun! Semuanya mak ngah yang buatkan. Alamak ... kantoiii! hahaha.

So, thats why this time ibu nak anak-anak ibu jadi pelukis yang baik ... lebih baik dari ibu.

A photo posted by Hanim Hahim (@wanimira) on

Dan memang dah jadi tradisi dua beradik especially kakak, kalau ada surat yang dia tulis atau ada lukisan yang dia buat sendiri, dia akan hadiahkan pada aku atau ayahnya. Lukisan yang atas ni, dia bagi kat aku ... siap ngan envelopnye masuk dalam beg aku senyap-senyap. Pagi-pagi kat opis bukak beg, tengok ada surat hehehe.

Untuk ayahnya pun ada! Selalunya ayahnya jeles asyik tak dapat je 'surat cinta' dari anak. Kali ni kakak buat special tuk ayah ... fresh lagi baru buat malam tadi hehe.




Masterpiece kakak malam tadi hehe. Gambar kami sekeluarga katanya ...mungkin sedang berpiknik kot ... atau sekadar jalan-jalan dalam taman hehe. Pokok ceri tu aku kaler kan sebab nak beri dia idea macam mana nak guna warna dan jadikan sebatang pokok tu nampak lebih cantik dari biasa. 

Yang lain-lain dia buat sendiri. Ayahnya punye la suke tersengih-sengih .... sampai dilaminatenya lukisan anak kemudian digantung di dinding opis haha. Kemain ayahnye pun ...! haha.

Lain benor kamu ni ye kakak .... kadang-kadang boleh buat ibu ayah pening kepala dengan keaktifan kamu. Tapi, kamu masih ada masa untuk ambil hati ibu dan ayah ... dengan cara kamu sendiri T__T


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. kalau kakak lebih cenderung ke arah lukisan,takpelah...salah satu dari minat dia..man tau dah besar jadi pelukis terkenal

    ReplyDelete
  2. so sweet...
    sgt melemahkan jiwa kan diorang ni?
    buat hati kita sayu and gembira sgt ekk?

    ReplyDelete
  3. Memang anak2 bg can melakar kreaviti mereka

    ReplyDelete
  4. cantik lukisan kakak. ada bakat ni

    ReplyDelete
  5. hehe mcm mn dia blh dtg idea nk bg surat2 ni ye? hehe..kretip2

    ReplyDelete
  6. nice sgt lukisan tu...

    done follow
    http://www.delimamerah.com/2013/09/profile-saya.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM