Taman Permainan

Saturday, January 17, 2015


Assalamualaikum!




Taman permainan .... 'syurga' bagi kakak dan adik di kala cuti sekolah Sabtu & Ahad. Seharian berkurung dalam rumah .... nak juga menghirup udara segar yang tak berapa segar di luar tu kan huhu. 

Kat sini memang banyak pilihan taman permainan. Ada yang boleh main macam-macam, ada yang boleh main sikit je. Yang boleh main sikit tu ada masa barangnya telah rosak atau menjadi mangsa vandalisme orang-orang OTC!


Apa itu OTC? OTC stands for 'Otak Tak Center' ..... heeee. Ye la .. benda tu tak da buat salah ngan sapa-sapa pun, ada jugak tangan gatal lagi berkudis yang pi conteng, cabut dan pecahkan infrastruktur kat situ.

Tengok je la yang di atas tu ... nampak dari jauh cam cantik cam elok cam best je nak main kan! Tapi kecantikan dan kewarna-warnian 'terowong' telah dihodohkan oleh contengan-contengan yang tidak bermoral ...!

Sekadar contengan je? Eh ... ade lagiiiiiii!




Aku tak tau la macam mana 'terowong' tu boleh berlubang macam tu. Nak kata kena panas cahaya matahari ... kalau benda tu boleh cair, orang yang duduk situ pun dah tentu 'cair' sekali! Tapi kesan macam kena bakar ...! Grrrrrr

Bila banyak benda 'berlubang' dan rosak, anak-anak nak main apa? Buaian pun dirosakkan sampai senget-senget tali besi tu. Memang takda pilihan sangat kalau jadi macam ni.




Pecah ...! Biasa kalau budak-budak umur 3-11 tahun kalau main pun takkan sampai boleh pecah benda ni dibuatnya. 

Bukan takat tak cantik dah tapi tak selamat untuk bermain. Kenapa mesti dipecahkan? Orang dah sediakan kemudahan .. dah buat elok-elok untuk anak-anak kita bermain ... akhirnya jadi macam ni! 




Bukan setakat kemudahan dirosakkan ... kebersihan pun tak terjaga kat sini. Berlainan dengan taman permainan yang kat Tasik Tititwangsa tu, di sana lebih bersih dan terjaga, Sini .... harapkan mentaliti dan sifat sukakan kebersihan je la. Tapi nampaknya, memang sorang pun tidak mempunyai sifat tu ....hurmmm.

Bukannya tidak disediakan tong sampah tapi aku tengok gelagat mak bapak suka suki je buang plastik gula-gula atau plastik makan kat tanah. Pemalas nak berjalan ke tong sampah yang tak sampai 20meter ...!

Tukang sapu pun tak pernah kelihatan menyapu di sini. Akhirnya sampah-sampah dan daun-daun kering hanya ditiup angin begitu saja. 

Sedih bila tengok keadaan taman permainan macam ni. Tempat yang asalnya cantik dibuat elok-elok, sekarang dah banyak yang rosak dan tak boleh digunakan lagi. Tambah aku sakit hati bila tengok sorang budak tu main jongkat-jongket macam la jongkang-jongket tu ada buat salah ngan family dia 7 keturunan! Di tekannya senget ke kiri ke kanan sampai bergegar spring yang menyokong kayu di atasnya. Dah la jongkang jongket tu pun dah memang senget sebelah .... dia pergi rosakkan lagi! Sekali dua kali aku pandang dia ... masuk kali ketiga aku bangkit nak pi kat dia dan nak 'sound' sikit! Bila dah dekat eh boleh pulak dia main elok-elok, tak jadi aku nak 'sound' hehe. 

Bila dah diberikan kemudahan dan keselesaan ... jadi begini. Busuk nau hati tu sampai nak dirosakkan segala benda yang ada di depan mata. Sepatutnya kita bersyukur dan jaga leklok prasarana, bukan menjahanamkan untuk kepuasan diri sendiri! Tu aku kata tadi .... orang-orang cenggini orang-orang OTC .... Otak Tak Center! 

Ubah-ubahla perangai tu kasi elok sikit ....


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. biasanya budak besar yg suka melepak mlm2 tu yg merosakkan bnda2 mcm ni sb kalo nk kata budak kecik mmg x logik

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam perkenalan,

    Sedih tengok perangai masyarakat yang tak pandai nak hargai kemudahan yang dah disediakan..

    ReplyDelete
  3. kesian kat budak2 kecik yang nak main,,kemudahan yang tidak di hargai..

    ReplyDelete
  4. Betul setuju, banyak taman permainan jadi mangsa OTC.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM