2 In 1

Wednesday, February 04, 2015


Assalamualaikum!

Dah lama tak menjengah kampung di Perak. Asyik balik Melaka je katanya hehe. Ye la ... dengan bajet yang ciput ni, Melaka ni la yang paling jauh boleh sampai pun hehe. Tapi harga minyak dah turun kan .. so takda alasan untuk tidak sampai ke Perak. Hurmm ... insyaAllah. 

Kakak dan adik pun asyik bertanya bila nak balik umah Tok Perak. Nak jumpa kakak Shikin katanya. Amboii ... korang balik kampung sebab nak jumpa kakak Shikin je ke? Taknak jumpa Tok? hehe. Samala cam ibu dulu ... balik kampung pun sebab nak jumpa dan bermain ngan sepupu. Jumpa Nenek time makan je ((ish ish sh)).

Anyway, hari tu kakak Shikin sekeluarga ada turun KL sebab adik Pak Jelan yang keee ...... 11 kahwin! Kira ni rombongan menyambut menantu dari sebelah pihak lelaki. Tapi sorry, gambo yillek sebab bukan kamera aku hehe. Lepas majlis kitaorg berkumpul di rumah kakak Pak Jelan yang keee ... 7! hehe. Haaa ingat senang ke nak main kira-kira kakak ipaq adik ipaq ni hahaha. Kalau 2-3 orang ipaq gagah lagi nak hafal .... ini sampai 13 orang! hehe. Termasuk yang dah meninggal sebab mereka ada waris juga.



Kakak Shikin (baju biru) ngan Mira dan Iman

Besar dah Shikin ... teringat dulu masa aku mula-mula kahwin, kalau kat umah Tok .. time lepas mandi Shikin akan menggeletar satu badan sampai gigi berlaga gigi sebab sejuk sangat. Pastu dulu Shikin memang kuat teriak hehe. Tapi sekarang tak teriak dah ... kot? hehe.



Berwefie ngan mak cik 
(gelaran aku belah Perak .... sangat tak komersial kan hahaha)

Ni nak citer pasal makan pulak. Entah minggu ni tetiba mood rajin ke dapur membuak-buak rasanya hehe. Selalunya masuk dapur masak yang simple-simple je. Tapi bila dah tinggal bertiga ... selera makan tu makin bertambah tambah tambah dan tambah hehe.




Tekak ni teringin lama dah nak makan tomyam. Masak sendiri opkos lebih puas dan boleh tambah tanpa rasa bersalah haha. Aku combinekan dengan sayur bayam goreng ... fuh! Allah je yang tau macam mana aku boleh kasi perabih satu periuk tu haha. 

Anak-anak pun aku suapkan lauk tomyam ngan sayur ni. Duduk ngan ibu takda nak memilih makan sangat ye. Itupun ibu letak fishcake dalam kuah tomyam tu. Yang sayur tu ibu 'sorok' dalam nasi hehehe.




Anak dara .... mengidam lagi kuey tiow goreng. Aku ajak makan kat kedai yang selalu aku gi makan tu taknak pulak dia. Haih .. melepas ibu nak makan char kuey tiow haha. Takpela ... malam tu jugak aku gorengkan kueytiow tuk dia. 





Pagi semalam aku buatkan nasi lemak tuk diaorg. Masak sekali boleh buat lauk sampai ke malam. Tau dah diaorg mana nak makan sambal-sambal ni walaupun sambal udang potai yang ibu buat tu tak pedas mana pun. Tu pasal ibu gorengkan ayam .... habis sepinggan dibedal dua beradik tu! hehe.

Sambal udang potai .... heaven! Ini pun dah lama jugak aku idamkan. Tengok petai kat kedai tu cantik-cantik gemuk-gemuk belaka! Rembat seikat buat sambal udang ... perghhh! Aku sorang perabihkan sambal udang petai memang thorbaekkkkk! hehe.


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Ramainya ipar duai akak yer...sdp nya tom yam nak jugla hihi

    ReplyDelete
  2. comel kakak syikin tu, patutlah anak2 suka :)

    sayur bayam goreng tu, favourite saya! hehe

    ReplyDelete
  3. amboi...pebret akak tomyam tu..11? fuh.berkumpul ni,mesti ramai dan gamat

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM