Wednesday, February 25, 2015

# Family Time # Farm In The City

Aksi & Gelagat Haiwan-haiwan Di Farm In The City


Assalamualaikum!

Rentetan dari cerita aku pasal keseronokan beriadah di Farm In The City minggu minggu lepas hehe. Masih tak boleh dilupakan keseronokan dan kepuasan bermain dan bermanja dengan haiwan-haiwan di situ. Dah la manja comei pulak tu! Gelagat jangan cakap la ... macam-macam style ada! hehe.




Aksi 18SG! Kanak-kanak di larang tengok! hahaha. Antara banyak-banyak gambar, yang ni buat aku paling banyak gelak la. Boleh pulak dia buat pose style seksi gitu! hehe. Tapi tak mustahil kalau korang gi sana, korang juga akan jumpa benda yang sama.

Ni memang spesis tak peduli apa orang nak kata .. rumah aku cara aku katanye haha. Sempoi ang nooo! :p





Mana kakak nak bagi ikan makan, kat situ la si swan ni ada hehe. Orang nak bagi ikan, dia pulak yang datang. Kakak baling tepi, dia ikut tepi. Kakak balik tengah dia gi ke tengah. 








Ade perasan tak? Dia macam senyum je kan hehe. Tau-tau je orang tengah amik gambo dia :D




Ha! ape dua ekor tu buat berdua atas tu? hahaha. Haippp ..bersopan sikit boleh tak? Kami nak bergambar ni :p




Dia dah penat ... membongkang la ape lagi! haha. Pemalas punye musang! hehe :D




Haih .... nampak gaya kuda ni merajuk sebab aku tak bawak dia kuar dari kandang hehe. Suh pusing tengok kamera pun tak mo dah. Kalau aku pekerjanya lama dah aku bawa ko kuar wahai kuda. 

Kuat merajuk nau! By the way, cantik rambut! :p




Arnab ni manja sampai hampir-hampir nak duk celah kaki aku hehe. Kiter hulur batang sayur dari jauh, dia datang makin dekat! Jangan la leka sangat tengok dia menggigit batang sayur tu, takut-takut jari ko pun dingapnye! hehe.


9 comments:

  1. comel pulak gambar atas tu landing kan

    ReplyDelete
  2. Santai je natang2 ni ye. Penat dah nak beraksi ye. Cool kan gi FITC ni.

    ReplyDelete
  3. Syok sangat g fitc. Tak jemu nk g lagi. Ehee

    ReplyDelete
  4. ni bawak anak-anak ni sure tak nak balik nih nanti.. tengok gambar pun best je..

    ReplyDelete
  5. Amboi..santai sangat cara duduk nya tu..macam baru lepas kena nasik dengan sambai petai je..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bermain denga haiwan.. hehehe. tu la seronok kalau pergi tempat gini tapi cuaca sekarang sangat panas.

    http://ciknainthehouse.blogspot.com/2015/02/performacedrinkshakleeminumanisotoniktanpagas.html

    ReplyDelete
  7. Teringin nk pergi... Tapi pikirkan ank kecil... Hold dulu la..

    ReplyDelete

Apa kata korang?