Bila Mira Beli Sendiri

Tuesday, February 10, 2015


Assalamualaikum!




Bakat terkini yang makin terserlah dari hari ke hari. Inilah kepandaian terbaru my kenit yang berumur 6 tahun ini. Sekarang dah pandai menyopping sendiri dahhhh ...! Sejak duduk di transit baru ni, adik semakin bijak menggunakan kuasa membelinya hehe.

Walaupun di tadika takda kantin atau bookshop, tapi adik dah reti nak berbelanja beli itu ini sendiri. Time bila? Time dia duduk di rumah pengasuh.

Buuu nak singgit. Singgit je ...

Dalam hati ni rasa cam taknak bagi ... tapi tangan hulur juga singgit tu ke dia hehe. Setiap petang aku perhatikan time nak amik dia, dia akan termenung tengok anak orang makan eksrem atau roti. Aku dah sampai depan mata, dia akan berlari dapatkan aku dan minta aku belikan makanan tuk dia.

Hurmm ... 

Tapi aku pesankan juga ke dia, jangan keluar dari pagar rumah kalau aunty tak benarkan. Tunggu petang ibu datang, baru adik boleh gi membeli. Semalam dia nak makan satay ikan, aku hulurkan dua ringgit ke dia belikan tuk kakak sekali. Walhal, kat tangan aku dah ada roti vanilla beli kat uncle roti sebelum tu huhu. Kuat makan anak-anak aku ni .... macam mak dia jugak! haha.


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. budak-budak kan anim,waktu macam ni memang banyak makan...smalah dengan si montel akak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak...kakaknya takde plak banyak makan camni dulu hehe :D

      Delete
  2. amboi selera masing-masing...skrg sally beli kon eskem dgn eskem kat rumah..hahahaha...malas nak kejar eskem punya pasal... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu pun voleyy haha. Anak akak suka kejor orang jual eskrem ... menurun dari maknya dulu kot haha :D

      Delete
  3. budak-budak nak membesar kak, memang kuat makan. haa, mira dah pandai shopping ek

    ReplyDelete
  4. Mmg ada je yg mnarik diorg nk mbeli..

    ReplyDelete
  5. Bdk2 biasalah. Lagi2 kalau tengok kwn lain beli. Mcm anak cikla. Dah beli bkn mkn pn. Last2 ibu dia yg mkn. Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM