Bila Tinggal Bertiga ...

Monday, February 02, 2015


Assalamualaikum!


Banyak yang perlu dirombak semula. Segala aktiviti dan modus operandi berubah sekelip mata! Kalau dulu Pak Jelan ada membantu ... sekarang aku sengsorang setelkan hal anak-anak dan sendiri. Bukan tak biasa ... tapi dengan batuk yang kejap on-off ni, aku kena pastikan aku ada cukup tenaga nak menghandle dua orang anak dara tu.

Bila dah tinggal bertiga ... semua aktiviti luar terbatas. Semalam tu pun sebab nak pergi Perpustakaan Negara .. tempat tertutup dan selamat. Tapi disebabkan cuti, terpaksa beralih ke taman. Itupun aku sentiasa perhati keliling pastikan anak-anak ada depan mata setiap masa! Kakak jauh sikit pun aku dah terjerit-jerit panggil dia patah balik hehe.




Ada 2-3 tempat yang aku memang nak bawa diaorg pergi melawat dan bermain. Tapi tunggula Pak Jelan balik dari outstation dulu. Baru sedap sikit berjalan kalau ayahnya ada ... kan.

Dan bila ibu yang jadi ketua dalam rumah, maka anak-anak kena la dengar cakap ketua kan haha. Kalau boleh ... kalau la boleh ... ibu nak duduk dalam rumah sepanjang hari rehat-rehatkan diri baring-baring atas sofa sambil tengok tv. Anak-anak sila main apa yang patut ... cikgu-cikgu ... ofis-ofis .... mak-mak ... tengok kartun .. makan nasi ... minum susu dan tido! haha. Alangkah bahagianya kalau ia semudah tu .....

But sorry, dengan kakak dan adik payah le ... tambah bila dah besar panjang ni. Kalau baby dulu boleh gak kita tepuk-tepuk dia suruh tido ... ni nak tepuk apekejadahnya ... diajaknya kita gi kedai lagi ade la! hehe. 

Harap-harap segala urusan dipermudahkan Allah. Kena rancang dan lakukan kerja dengan cepat dan betul. Dan semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik supaya pergerakan aku dan anak-anak tidak terbatas dan segala keperluan mereka dapat aku penuhi ... aaminn.


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. ahahah..klu baby senang la nak tepuk2 untuk tidurkn...ni klu dah besar panjang alahai...sy faham dgn situasi itu

    ReplyDelete
  2. Semoga sgla urusan dpermudakan ye sis :)

    ReplyDelete
  3. Hehe... Dah besar pula ragamnya ya tak..

    ReplyDelete
  4. masa anak2 kecik2 dulu, saya pun jenis yang 'patah kaki' kalau encik suami tak ada..tak terkejo nak bawak 3 orang sekali..ni anak2 dah beso sikit, dah lega nak berjalan-jalan, lain lak alasannya...alasan tak pandai jalan, tak berani nak drive tempat2 x biasa pgi hahaha (waze/gps ada, tapi x berapa nak fasih) ;p

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM