Jalan-jalan Naik Melaka River Cruise!

Monday, February 23, 2015


Assalamualaikum!

"Nim .. jom kiter gi naik bot nak?"

Dah 8 tahun mak abah bermastautin di Melaka, tak pernah lagi merasa naik Melaka River Cruise kat Taman Rempah tu. So, projek hari kedua ... bawa mak naik bot! hehe.




Sebenarnya ada dua tempat nak naik bot ni. Satu kat Pirate Park, satu lagi di sini di Taman Rempah. Last time kami pergi bawak bangcik pun, kami naik dari sini jugak. Abah cakap sini orang tak ramai, tak perlu bersesak dan tak perlu menunggu lama sangat. 


Parking kete free dan banyak kosong! Tapi Pak Jelan cakap kalau gi waktu malam, parking dikenakan bayaran. Wallahualam.




Tiketnya pun murah berbaloi la bagi aku. 

Dewasa : RM10

Kanak-kanak : RM5

Tapi ni rate tuk orang tempatan tau. Pelancong luar aku tak pasti betapa ratenya. Kena tunjuk MyKad kat kaunter, tapi aku gi hari tu takda pulak dia minta MyKad aku hehe. Muka melayu sejati gini ... takkan tak cam lagi ye dop haha.




Ni jeti tempat kami menunggu bot. 





Risau gak kalau-kalau Wan penat ke kaki lenguh ke. Hari sebelum tu dah berjalan dalam shopping mall, arini berjalan lagi naik bot. Aku cadang gi hari Sabtu tapi mak taknak sebab nak motong ayam. Mak cakap kalau mak tak dapat naik bot, bawak je la budak-budak ni naik. Aku cakap takde maknanya! Mak nak naik bot Anim akan bawak mak jugak.

Bukan takleh gi ngan abah, tapi mak cakap bawak cucu-cucu ni seronoknya lain sikit. Kalau gi ngan abah ko cam takda perasaan je nak tengok sekeliling hahaha. Adoiii mak den ni ..! :D




Nak duduk dalam bot pun kena pandai-pandai milih seat ye. Jangan ko bantai gi duduk kat depan sekali tu, nanti air sungai merecik kat muka dan baju baru ada akai hehe. Bau ... manyak 'harum'! Bau hanyir ...!











Yang bestnya, korang dapat tengok Kg Morten .. antara kampung terawal yang dibuka pada tahun 1920-an. Nama Morten diambil sempena Pesuruhjaya Tanah ketika tu, J.F Morten. 

Selain tu, korang dapat tengok keunikan mural pada dinding-dinding resotran dan rumah di sepanjang tebing sungai ni. 



Khusyuk Wan nengok .. tak hilang lagi berkerut tu hehe.







Kalau nak naik kat sini, kat Pirate Park ni pun boleh jugak. Tapi beratur panjang la yo. Den tak koso la nak beratur lelama kat sini. Dengan panas teriknye .... Wan lagi tak selesa nanti. Nak selamat ... naik kat Taman Rempah hehehe.



Ni abg 'driver' kiter aritu hehe.

Kalau korang singgah atau bercuti di Melaka, gi la naik bot kat Melaka River Cruise ni. Seronok bawak budak-budak naik bot keliling bandar. Ada beberapa fasa laluan yang masih dalam pembinaan, so nanti bila dah siap sepenuhnya, korang dapat keliling satu bandar Melaka dengan bot! Tapi bila siapnya aku tak pasti ... yang pasti, memang sedang rancak pembinaannya sekarang ni!

Lagi satu, lagi best kalau gi malam sebab waktu malam la korang dapat lihat kecantikan lampu-lampu di sepanjang laluan bot. Samada lampu dari restoran, hotel, rumah mahupun lampu jalan .. perghh! berbaloi wooo! Kami gi siang je .. sebab Wan nak rehat waktu malam hehe.


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Rindu nya nak naik cruise kat sini lagi. Memang best sangat permandangannya. Kalau pergi waktu malam lagi cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Ina ..pergi malam lagi puas kan :)

      Delete
  2. lama tak jejak melaka..rindu plak nak mkn asam pedas melaka.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing..lepas ni kalau pergi Melaka,boleh la naik cruise ni..

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Hari tu jnjalan tpi tgk je... Tak naik pun..

    ReplyDelete
  5. Kami pun nak g lawatan kat melaka bln 4 ni, river cruise mmg dh t'senarai....;-)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM