Jangan Diulang Lagi

Thursday, February 05, 2015


Assalamualaikum!


Dah ditegur banyak kali jangan mintak waktu malam ... time kaki dah jejak dalam umah. Memang ibu takkan turun ke bawah tu dah. Dah kasi peringat ... berbuih mulut dari dalam kereta, tanya apa lagi yang perlu dibeli untuk projek sekolah. Sebab tu setiap kali kakak dan adik masuk dalam kereta, ibu akan tanya soalan yang sama .... "ada homework?". Sebabnya nak kakak dan adik prepare barang ape nak dibeli kot kot kalau ada nak kena beli untuk persediaan esok hari.

Kita ni dah la duduk jauh ... duduk KL tapi sekolah. kerja di Selangor. Setiap hari pukul 6.30am tayar nak kena bergolek dah .. lambat sikit alamatnya memang masing-masing lambat la ke sekolah/opis. Dan memang menjadi kepantangan ibu ... time nak ke sekolah time tu nak menyinggah kedai bagai nak beli itu ini untuk sekolah.




Malam tadi, kakak hulurkan surat derma untuk pasca banjir anjuran sekolah. Kelas kakak kena sumbang 2 botol gam kecil.  Tak kuasa la ibu nak turun tangga tu dengan baju tido pergi ke kedai! Tebalkan aje la telinga tu mendengar bebelan ibu sepanjang malam. Kakak diam tak bersuara .... kesian pulak nengok tu huhu. 

Dah puas membebel ... hati dah 'sejuk' barulah boleh berfikir dengan tenang. Kesian ... gam je pun! Ok la. ... esok pagi kita singgah kedai KK beli gam. Pastu boleh pulak dia sambung order suruh belikan buku tulis dan kertas berwarna A4.... haishhh.

Masuk dalam kereta membebel lagi ((hehe)). Lain kali jangan diulang perangai macam ni lagi .... faham. Nak beli cakap awal-awal petang sebelum masuk dalam rumah. Jangan dah waktu malam baru nak hulur surat atau kertas pesanan kat ibu ... memang ibu tak layan dah. 

Pagi tadi kakak salam tangan ibu, ibu grab badan kakak dan peluk anak ibu. Terima kasih kerana tadahkan telinga menahan bebelan ibu. Ibu sayang .. cuma ibu geram hehe.

Sekian .... ibu yang kuat membebel tapi penyayang. 


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Terharu nya perenggan terakhir tuu.. T_T

    ReplyDelete
  2. ABM yang duduk dekat dan jalan kaki pergi kerja pun cam malas nak keluar balik kalau dah masuk rumah tu. Kalau terpaksa berlapar pun ai rela! Huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Biasalah bila tengah marahkan.. anak anak faham.. :')

    ReplyDelete
  4. Sama la sni pun..hri2 kena prgi cari stationery adik darjah 1..kalau xbli confirm xpergi sklah... haha... Visit me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM