Wednesday, February 18, 2015

# Cerita My Pearls

Kepantangan Mira!


Assalamualaikum!



Kalau memasak tuk si kenit Mira ni, kena jaga 2 benda ni hehe. Dia cukup pantang kalau ternampak 2 benda ni dalam lauk atau makanan. Memang takkan disentuhnya sampai ke sudah sekali pun ko mengalir air mata darah sekali pun ...hehe.

Kalau kita tengah memasak di dapur, kejap lagi dia datangla dengan soalan cliche dia .

bu ... ada bawang ke tu bu?

Kalau kita jawab ada makanya memang la makanan itu akan dibanned sepanjang hari haha. Sanggup dia tak makan ... rela lagi dia mengunyah biskut ngan kaya je.  Kalau lauk tu kaler 'merah' sebab bercili pun takkan diusiknya. Pantang sungguh dia dengan kaler merah. Tapi kalau dibagi gula-gula kaler merah elok pulak telan tu hahaha! Haihh ...

Lagi satu Mira memang pantang kalau nampak kicap! Dia boleh hidup dengan kicap aje ... hishh budak ni! Dalam banyak-banyak lauk yang dimasak, nak makan mesti ada kicap sebelah pinggan dia. Aku pun naik pening budak ni .... entah apa yang sedap sangat kicap tu. Yang pastinya bukan ngikut aku hehe.

Kalau dalam 2-3 jenis lauk tu ... kalau semua tak berkenan kat dia, dia rela makan nasi ngan kicap saje! Memang bersinar-sinar la muka dia nampak botol kicap ...! Haih ....

Tadi, aku gorengkan mihun goreng tuk sarapan. Macam biasa soalan dia tanya ada bawang ke tak dalam mihun tu. Aku jawab bawang dah hancur ((haha)). Itu je caranya .... !Kalau dia tak nampak bawang dalam mihun tu, maka selamat la aku! haha. 

Nak masak pun kena pakai trick ...hai la anak hehe


8 comments:

  1. Memg da org yg x mkn bawang..begitu juga dgn kicap

    ReplyDelete
  2. Sama macam kawan ABM, tak boleh tengok bawang dan pantang nampak kicap. Heheheheee BW dri FB

    ReplyDelete
  3. saya pun tak suka makanan tu warna merah..lagi2 sos...memang boleh tutup selera..heheh

    ReplyDelete
  4. anak saya pun spesis x suka bawang. kalau makan nasi/mee goreng, bawang semua dikuis ke tepi..cantek je diasingkannya. anak saya suka kicap juga..makan nasi lauk telur goreng dan kicap pun cukup :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?