Lelaki

Friday, February 13, 2015


Assalamualaikum!




Langit tak secerah seperti kebiasaannya sejak seminggu lalu. Lebih suram dalam dua tiga hari yang lepas. Mendung tapi tak hujan ... panas tapi langit kelam. Dan malam tadi, rembesan hujan lebat membasahi lantai bumi. Rupa-rupanya murobbi kami telah pergi menghadap Ilahi ....

Belum pun hilang kesedihan di atas pemergian tokoh pengulas sukan arwah petang semalam ... kita dikejutkan pula dengan pemergian tokoh ulama, murobbi kesayangan Tok Guru Niz Aziz pada sebelah malam.




Lelaki - Siti Nurhaliza

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemangat
Api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati 

Kesepianlah oh teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa


Baru semalam aku tau ada lagu untuk arwah Tok Guru Nik Aziz. Dan baru aku tau juga Siti yang menyanyikan lagu ini khas untuk Tok Guru. Dikatakan lagu ni satu-satunya lagu yang tidak didengarkan di mana-mana corong radio mahupun di televisyen.

Moga Allah merahmati ke atas roh-roh mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga tenang dan damailah dirimu di sana .... kami pasti merindui Tok Guru....

Al- fatihah~

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Innalillah.. salam takziah untuk keluarga Allahyarham..

    ReplyDelete
  2. Mcm mana laa masa zaman Rasulullah dahulu.. perasaan para sahabat meratapi pemergian nye Nabi Muhamad SAW ketika itu.. sedangkan pemergian Allahyarham TGNA sebagai ulamak tersohor dh cukup hebat nye kesan bg ku..
    Al-Fatihah buat Allahyarham...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM