Monday, February 23, 2015

# Bila Balik Kampung # Story Kenit

Makin Berusia Makin Kena Jaga!


Assalamualaikum!

Kita sangka bila badan sihat, tak pernah kena darah tinggi atau kencing manis .... kita takkan kena sampai bila-bila. Silap besar!!! Bila makin berusia, dua penyakit ni kena berjaga-jaga! Kalau dari muda tak dijaga silap-silap memang 'berhantu' ngikut kita sampai ke tua!

Sejak abah masuk hospital 2 tahun lepas, dia semakin berhati-hati dan ambil berat tentang tekanan darah dan kencing manis. Bukanlah bermaksud sebelum ni dia tak peduli, tapi time tu abah banyak amik vitamin dan supplemen untuk kesihatan. Kerap berjogging dan stamina kuat.

Tapi sejak duduk kampung ni, abah tak makan supplemen sekerap dulu. Jogging pun ikut larat tak larat. Tapi satu yang aku kagum ngan abah .. dia cukup kuat minum air masak!


Abah selalu cerita kat aku, tiap kali pergi check up kat klinik kesihatan, dia akan bertekak dengan missy kat situ ((haha)) pasal bacaan tekanan darah. Mana boleh tekanan darah aku sama ngan orang muda, yang dia cakap aku kena dapatkan bacaan 130 ke bawah baru normal. Haih abah ..... tak pasal-pasal missy kena sound hehe.

Anyway, hari tu aku sempat la menerai mesin tekanan darah abah. Saje je la nak test berapa bacaan tekanan darah aku, makin tinggi ke ... faham-faham je la hari-hari 'bergaduh' manja dengan kakak dan adik. 'Mendidih-didih' gak kadang-kadang tu hehehe.






Alhamdulillah bacaan agak normal hehe. Walaupun sedikit bawah dari paras normal (115-135) ... mungkin disebabkan aku keletihan kebelakangan ni. Tapi itu bukan bermaksud aku boleh bedal makan sesuka hati ikut nafsu! Hari ni kita sihat ...sok-sok mana tau Allah nak duga kita dengan penyakit. 

Beringat sebelum kena ... cegah sebelum parah!


7 comments:

  1. IbuNoey pun dah pernah check tekanan darah.agak rendah pula walaupun hari-hari 'mendidih'..hehe..

    ReplyDelete
  2. saya pulak darah rendah..tapi sejak sebulan dua ni ok dah..normal balik..saya minum mineral coffee..makan kea jaga,bersenam sekali sekala..

    ReplyDelete
  3. Peringkat umur saya ni pun dah ramai org cakap kena mula berjaga2 dah.. Setakat ni ok lagi. Harap2 berterusanlah...

    ReplyDelete
  4. mencegah lebih baik dari merawat. Jaga pemakanan. Penyakit paling banyak datang dari perut

    ReplyDelete
  5. Betulla tu.. Mkin berusia mkin kena jaga..

    ReplyDelete
  6. Betul tue anim...makin berumur nie lg la kena ada extra penjagaannya kan.. huhuhu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?