Malu Bila Anak Tanya Kita Tak Dapat Jawab

Tuesday, February 17, 2015


Assalamualaikum!

Bukan tak pernah dia bertanya soalan yang pelik-pelik sebelum ni. Aku ingatkan bila dia tanya soalan macam mana dia kuar ikut perut, kenapa kita kena solat dan tutup aurat, kenapa adik kuar tak ikut perut ((hehe)), macam mana ibu mengandung kakak dan adik (jenuh nak filter ayat supaya tak kedengaran lucah dan bagi dia faham hahaa)) dan macam-macam soalan lagi la .... itu sangat memalukan tapi kali ni aku rasa lagi malu! 




"Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" 
- Surah Ar-Rahman ayat 13-


Malu bukan sebab malu nak jawab, tapi malu sebab ternyata masih kurang ilmu di dada untuk dikongsikan bersama anak-anak. 

Surah ape ni bu?

Err ... Surah Ar-Rahman ...

Alkisah kami dengar orang dok mengaji kat Ikim.fm hari tu. First soalan aku 'lepas'! itu pun sebab ayat tu memang familiar dan banyak kali diulang. 

Masuk hari kedua dengar orang mengaji, dia tanya lagi ... kali ni aku tewas! Aku rasa malu sangat sejak hari tu ... bukan hari tu je tapi terngiang-ngiang sampai hari ni! >.<

Aku tak pasti samada budak-budak lain pun bertanya soalan yang sama bila dengar orang mengaji atau ibubapa mereka membaca mana-mana surah. 

Soalan nampak simple ... tapi kesannya sangat #deep kalau kita teragak-agak nak jawab. Yang pasti  ... ibu malu ... sebab anak expect a good answer dari ibunya dan dia failed. When you teach your child about solat, mengaji quran, tutup aurat dll, she expects you to know every details on it. Termasukla bab mengenal surah. Dan bila ko tak dapat jawab .... ko rasa 'sakit' sangat dan sakitnya tu di sini ...*tunjukhati*

Pernah rasa macam ni? ..... 

Lesson learned! T_T

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Betul..Biasa nya soalan2 macam ni la yang kita pening nak jawab...Surah apa,hukum nya apa, nabi macam tu ke , nabi macam ni ke..macam saya ,selalunya saya akan cakap " ha..nak tau jom ibu ajar kakak cari jawapan dia.." ..buka la buku,kitab ,alquran dan cari depan dia..kalau nak cakap tak tahu memang malu,sendiri malu pun ada..tapi tak boleh diam je jugak ..kan..:)

    ReplyDelete
  2. Mmg malu tak tahu jawapan sbb seorg ank akan espect ibu bapanya serba tahu..

    ReplyDelete
  3. payah jugak nak jawab kan. bukan ko je kena, aku ni pun anak sedara aku semua dah advance2 sket. semua nak tau

    ReplyDelete
  4. cakap je.. nk thu lbih lanjut ,pergi carilah buku2 atau alquran.. hehe

    blogwalking here..

    #klik here plz http://shukranzahari.sharethisstory.net/my-954232-6598
    #Happy blogging
    #shukranzahari.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Soalan anak memang biijak..maka kena jawab secara bijak, jangan kata tak tau sebaliknya ...dan jgn kecewakan pertanyaan anak.

    cth.. awak baca sikit dan hafal, nt kat skolah tanya ustaz..ustaz lg arif dan boleh terangkan dgn lbh jelas. mama nak anak mama rajin dan x malu bertanya ttg ilmu.

    ReplyDelete
  6. mmg terkesima kalo anak bertanya, kemudian kita blur. huhu
    bila mengajar anak2, sebenarnya kita pun belajar juga kan??
    ini semua cabaran utk kita sebagai parent, sentiasa tambah ilmu..(mengingatkan diri sendiri juga)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM