Friday, February 06, 2015

# Luahan Hati # Resepi Kenit

Nostalgia Pokok Kelapa


Assalamualaikum!




Aku tanya apa khabar ... aku tanya apa khabar pokok kelapa ku ... hehe.

Inilah satu-satunya 'harta' kami yang masih ada di Kuantan hehe. Nostalgia pokok kelapa bukti keringat dan kasih sayang yang pernah kami semai suatu ketika dulu di Kuantan :D. Ish ... pokok kelapa ni bukan tempat kami berdating ye ... pe barang nak dating bawah pokok kelapa hehe. 

Semalam Pak Jelan hantar WhatsApp gambar terbaru pokok kelapa kami kat halaman rumah kuarters satu ketika dulu. Pak Jelan tanam masa kakak masih baby lagi. Benih kelapa mawar di'import' dari kampung di Perak hehe. Tak pernah lagi merasa walau sebiji buahnya sehingga kini. Haih ... sedih nengok pokok nyoq dan keadaan rumah kuarters ni. Walaupun hanya rumah kuarters tapi banyak kenangan kami di rumah ni. 




Kat kuarters tu, pokok kelapa kami adalah yang paling rendah. Pokok kelapa lain semua tinggi menjulang! Nama pun pokok kelapa mawar kan. Pokoknya rendah tapi buah banyak. Rumah kuarters kami dulu 'corner lot' hehe. Petang-petang aku selalu bawak kakak dan adik jenjalan sambil hirup udara segar dan tengok pesawat tempur MiG-29 dengan enjin bisingnya dari tepi pagar kuarters. Giler dekat ngan Pangkalan TUDM hehe. Ya Allah ... rindunya kenangan tu.

Time-time petang begini jugakla kakak dan adik akan kayuh basikal masing-masing keliling kuarters. Sebab tu la bila pindah KL kakak dan adik amik masa yang lama tuk biasakan diri tak pijak tanah sebab dah terbiasa bukak pintu nampak tanah hehe. 

Banyak lagi kenangan kami di rumah tu. Antara yang aku tak boleh lupa ialah 'krisis' dengan balai polis depan umah yang suka berkaraoke dan buka lagu kuat-kuat lepas jam 12 tghmalam. Sampai aku berpakat ngan Pak Jelan call balai polis tu tanya polis tu balik boleh ke tidak buka lagu kuat-kuat lepas jam 12 tghmalam ((hahaha)). Bila diingat balik .. kelako giler pulak! haha. Haih ...

Demi Allah ... aku sangat rindukan Kuantan. Especially rumah kuarters dan pokok nyoq tu hehe. Macam uri aku plak yang ditanam di sana yek hehe. Last aku jejak kaki di Kuantan waktu PRU 14 sebab pusat mengundi aku kat sana. Tapi lepas tu, aku ditukarkan ke bahagian Titiwangsa pulak ... ceh!

Tak tau la bila lagi aku boleh jejak kaki ke Kuantan .... moga ada rezeki aku menjejakkan kaki di sana nanti.


9 comments:

  1. underneath pokok kelapak, I will wait for you... he he he...

    ReplyDelete
  2. kenangan duk kuarters memang awesome kan.. kite ni dari kecik sampai beso duk kuarters tak jemu2..

    ReplyDelete
  3. simbolik org dolu2 kalau kawen ke ... tanam pokok kelapa kat area rumah sebab pokok ni senang hidup dan susah mati..boleh tgk hasilnya kalau menjadi.

    ReplyDelete
  4. Blogwalking again... Visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging..

    ReplyDelete
  5. Rendang pokok kelapa tu Anim... CH dah lama nak cari benih pokok kelapa mawar ni... :)

    ReplyDelete
  6. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain..ye dak..:)

    ReplyDelete

Apa kata korang?