Panggilan Rindu

Thursday, February 19, 2015


Assalamualaikum!


Bersiaran secara live dari Melaka, kampung halaman tercinta. Kerinduan abah dan mak terhadap cucu-cucunya dah tak dibendung lagi. Kiriman WhatsApp Atok kelmarin benar-benar meruntun hati.

Cuti ni tak balik kampung ke? ....

Siap packing barang, malam tadi jugak kami gerak. Hujan lebat sepanjang jalan tak kami hiraukan. Alhamdulillah malam tadi jugak kami selamat sampai.

Pagi-pagi bangun masing-masing dah bersantai depan umah. Beginila tiap kali balik kampung ... anak beranak mesti akan berborak bergelak ketawa kat depan rumah. Diselang seli dengan bau tahi lembu melayang dari rumah pak sedara sebelah hehe. Bunyi burung menyanyi memang menenangkan perasaan kacau yang bersarang di hati.

Hurmm ...

Moga kedamaian yang dirasa saat ini kekal berpanjangan abadi ...


You Might Also Like

2 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM