Monday, February 09, 2015

# Cerita My Pearls

Pelaburan Terbaik!


Assalamualaikum!


Iye ... tudung ibu akan jadi milik kakak dan adik satu hari nanti insyaAllah. Dengan sapa lagi ibu nak wasiatkan tudung-tudung dan shawl-shawl ibu ini kalau bukan ke anak-anak solehah ibu ye dop. 

Lama dah tu kakak memendam rasa nak menerai shawl ibu. Malam tadi, time ibu layan citer Rambo 2 kat laptop ayah, dia datang duduk di sebelah sambil pegang shawl ibu berwarna merah.

Bu ... kakak nak pakai shawl ibu boleh? Tolong pakaikan boleh bu?

Momantai ( takda masalah) anakku! hiksss



Fuh! kemain jelita anggun anak dara ibu ni. Kalah ibu ...! Muka kakak memang sesuai pakai shawl. Suke benor dia bila aku cakap begitu padanya. Tapi memang ibu puji pun ... anak ibu kalau tutup aurat memang terserlah anggunnya.

Pastu dia suruh aku tangkap gambo dia pakai shawl dan hantar ke ayahnya di Kuantan. Iyo laaaaa .....





Betul tu yah ... beli tudung memang satu bentuk pelaburan yang bagus. Anak-anak boleh take over pakai nanti kan hehe. Jadi memang ada peluang la ibu nak tambah koleksi shawl lepas ni kan yah haha. Tengok tu .. anak dara ada dua orang, boleh gak diaorg bertukar-tukar tudung nanti sesama mereka. 

Tudung ibu tudung anak-anak jugaaaaaa .. tak gitu yah? haha.




3 comments:

  1. Boleh beli tudung banyak2 la lepas ni...

    ReplyDelete
  2. Bagus kak.. biasakan diri dia dari kecik lagi pakai tudung.

    ReplyDelete
  3. Kan.. mmg satu perlaburan yg bgss

    ReplyDelete

Apa kata korang?