Thursday, February 12, 2015

# Cerita My Pearls

Peraturan Gajet


Assalamualaikum!


Pemantauan berterusan menunjukkan perubahan yang baik bagi permulaan tahun 2015. Wah! macam buat marketing report pulak ye hehe. Alhamdulillah ... sekarang dah masuk pertengahan bulan kedua tahun 2015, kakak dan adik sudah boleh 'hidup' tanpa gajet! haha. Bukan sepenuhnya .. tetapi dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh aku.

Sejak tahun lepas lagi, aku telah menguatkuasakan peraturan WAJIB untuk dua beradik ni. Apakah peraturan itu? No gadgets on school days. Isnin sampai jumaat tak dibenarkan untuk mengadap iPad, henpon atau laptop. Memula berkuatkuasanya peraturan ni, dua beradik tu agak payah nak ikut. Ada masanya aku dapat tangkap kakak atau adik sorok-sorok main game dalam iPad haha. Bila ibu dapat tau ape lagi ... kembangla segala rerambut yang ada macam mak singa! haha.



Dulu kakak dan adik gaduh ibu 'kijammm'(kejam) tak bagi kakak dan adik main game dalam iPad. Ibu je boleh main ((haha)). Ye la ... bukan ibu yang gi sekolah, bukan ibu yang kena jawab exam, bukan ibu yang nak beli kete Alphard kan! haha. 

Tapi sekarang, kakak dan adik tak merungut dah kalau tak nampak iPad. Kadang-kadang hari Sabtu & Ahad pun kakak dan adik tak berapa nak layan iPad tu. Diaorg lagi enjoy main masak-masak guna sudip dan periuk ibu. Habis semua barang plastik kat dapur tu nak diambilnya buat main T_T. Ibu pasrah dan ikutkan aje la ... main begitu lebih elok dari merosakkan mata mengadap skrin iPad lama-lama.

Tapi yang paling sadisnya, ibu pun kena sound setepek ngan anak kalau ngadap henpon lama-lama kat umah ((haha)). Bengkekkkkk je rasa... huh! Tapi redho dan terima la ... mereka tegur pun sebab nakkan perhatian kita jugak kan :)




Homework anak dara malam tadi ... ini pun nak kena check selalu ni. Percakapan memang tak pelat dah ... tapi pasaipa mengeja masih 'pelat'? hehe. Haihh ... kena buka kelas tambahan Bahasa Melayu cenggini.


5 comments:

  1. Alhamdulillah.. alah bisa tegal biasa...

    ReplyDelete
  2. No gadgets is better, dpt asah anak berkreatif cara lain kan

    ReplyDelete
  3. Lama2 biasala tu nnt hidup tanpa gajet...heheheh

    ReplyDelete
  4. sy yg besar ni kadang2 kena buat peraturan gadget kat diri sendiri. tips dia, studi ngan kawan2 and kena saling ingatkan jangan leka dgn phone etc. tp tak mampu la 5hari tak bukak phone hehe sbb banyak urusan kena deal ngan internet kan :D

    ReplyDelete
  5. sama le dgn aida.
    peraturan 2015 utk kakak-kakak = no gajet!

    ReplyDelete

Apa kata korang?