Sedap & Terbaru Di Delifrance!

Monday, February 09, 2015


Assalamualaikum!




Masih terngiang-ngiang kesedapan dan kelembutan roti di Delifrance hehe. Memang sejak zaman sekolah menengah lagi aku memang suka beli roti dan pastri di Delifrance. Beza kelembutan rotinya dan banyak pilihan di situ membuatkan aku tak boleh lupakan sehingga ke hari ini! 

Dulu lepas habis sekolah, kalau masuk dalam mall, aku akan singgah kat Delifrance dan beli pastri dia. Alamakkk ... kantoi di situ sudah! haha. Anyway, lepas aku bekerja dan pindah ke Kuantan tak dapat la aku nak menyinggah kat sana lagi dah.

Dan, semalam akhirnya dapat juga aku ber'jejak kasih' kembali dengan Delifrance bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah menjemput kami untuk merasai menu terbaru Delifrance di Mid Valley, KL.


Meatball Sandwich
RM9.90

Kat Delifrance ni memang terdapat banyak pilihan yang boleh korang pilih untuk sarapan pagi. Antara yang sempat aku rasa semalam ialah Meatball Sandwich ni! Pergh ... kombinasi bebola daging dengan mushroom dan limpahan sos marinara dalam satu roti memang daebak (terbaik) la! Bebola daging dia lembut pulak tu! Lagi satu .. korang boleh pilih roti mana korang nak samada baguette, butter croissant, crois-bread atau ciabatta.


Tuna Sandwich

Bagi penggemar tuna sandwich, hidangan ini tidak akan mengecewakan korang. Ni kalau makan tuk sarapan pagi ni confirm boleh kenyang sampai tengahari tau! hehe.


Meatball Pasta
RM15.90

Aku tau ramai yang suka makan meatball pasta kan haha. Well, kat Delifrance meatball pasta dia memang wallah! Spaghetti disemarakkan dengan sos marinara dan bebola daging dalam satu hidangan ... memang aku cekau yang ni dulu semalam haha. InsyaAllah puas makan yop!


Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce
RM18.90

Yang ni pun menangkap kalbu! Hidangan ni sesuai makan samada untuk lunch atau dinner. Hidangan WAJIB cuba kalau korang datang ke Delifrance. Grilled chicken leg dihidang bersama mushroom sauce dan mashed potato dan salad. Tak nampak mashed potato pun? Tuuuu ... dia duk bawah ayam! hehe.


Provencal Lamb Shoulder
RM28.90

Next! ini pun hidangan WAJIB cuba kalau korang singgah Delifrance. Rugi woooo tak try hidangan Provencal Lamb Shoulder ni! Serius lembut daging kambing dia ... !Korang takyah susah payah nak kunyah beria hehe. Lamb shoulder ni dipanggang kemudian dihidangkan bersama provencal sauce bersama salad. Hidangan mantap lagi sihat .. sesuai untuk lunch dan dinner jugak! :)


Spicy Fish served with Rice
RM18.90

Kalau korang perut Melayu nak kena ada nasi jugak, jangan risau ... Delifrance pun ada sediakan hidangan Spicy Fish with Rice. Serius .. hidangan ni memang sedap dan sesuai makan ngan nasi. Sambal ikannya walaupun pedas tapi sedapppppp! Arghhh .... ikan dori ni pulak isinya lembut memang mantop pekena ngan nasi. So, korang takyah risau la yek. Kat Delifrance ni semua adaaaa! hehe.

So, apa menu terbari di Delifrance? Haaa inilah diaaaa ...! (tunjuk bawah)


Beef crois-bread

Inilah menu terbaru di Delifrance ... sure korang mesti suka nih! Apa yang aku diberitahu ini adalah menu hybrid yang menampilkan roti bijan panjang yang diapit dengan daging atau ayam. Fuh! memang puas aku makan ni semalam ... yang daging pun sedap yang ayam pun sedap!


Chicken crois-bread

Kalau korang singgah Delifrance, mesti cuba menu terbaru mereka ni tau! Memang puas makan ... rotinya lembut dan rasanya hebat!

Bagi yang tak pasti, Delifrance boleh dikunjungi di semua 11 cawangannya sekitar Lembah Klang iaitu di Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja.

Kat Penang pulak korang boleh terjah di Penang Queensbay Mall. Di Johor, ada dua cawangan iaitu di AEON Big Tebrau City & JB City Square. Sementara di Perak, Delifrance boleh dikunjungi di cawangan barunya di AEON Taiping.






Best ke makan kat Delifrance ni? Jawabnye ... bestttt! Berbaloi-baloi dengan nilai wang korang. Harganya memang berpatutan dan rasanya memang mantop! Puas dan kenyang aku semalam sampai ke malam disebabkan makanan ni semua hehe. 


credit picture : Ben Ashaari
credit picture : Ben Ashaari
credit picture : Ben Ashaari






Sebelum balik, sempat lagi aku menapau pastri yang lazat ni! hehe. Takkan kita sorang je nak makan sedap-sedap kan ... haruslah ingat yang tersayang gituuuu. 




Untuk yang tersayang hehe. Puas betul diaorg makan semalam ... 6 pieces memang dah lebih dari cukup tuk kami berempat. Yang bestnya, kalau tak habis boleh masuk dalam microwave kasi panas balik dan boleh buat brekpes dah haha.

So, tunggu ape lagi ... terjah jangan tak terjah! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :


atau



You Might Also Like

22 pengomen comel

  1. sedap bangat tengok gambar2 makanan tu..ni yang rasa nak cari delifrance ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak ... puas makan semalam hehe :D

      Delete
  2. sedapnye... macam ok juga. vegetarian macam saya ni boleh le pergi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tentu boleh bro hehe. Spicy Fish with Rice tu memang sesuai ;)

      Delete
  3. Aish smuanya menyelerakn sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Asha... semua di atas wajib cuba hehe :D

      Delete
  4. wah,,,semua makanan bikin kita lapo nih..
    sedapnya lahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapo? boleh la terjah balik ni kang sis hehe :D

      Delete
  5. sdpnya!!! ... bestnyer....#visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaekkkk ... insyaAllah nanti saya singgah ;)

      Delete
  6. boleh tahan sedap makanan kat situ ..

    Saya ada buat GA , Sudi tak join ? http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca ... insyaAllah all the best with your GA! :)

      Delete
  7. Makanan di Delifrance memang sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ... masuk lapar keluar kenyang hehe :D

      Delete
  8. Jom repeat! Gmbr buwok cheq gak nk tempek kan... grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sapa suruh buat muka ngan mulut camtu haha. By the way, tu gambo aben ye ..so bertabah la. Jom viralkan gambar Ty ni haha :p

      Delete
    2. Choiiii cari gaduh ni nama nya! Benci nyaaaaaa....

      Delete
  9. kat taiping pun ada.?.boleh singgah nih...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM