Shoe Hunting Untuk ....

Sunday, February 15, 2015


Assalammualaikum!


Dekat-dekat nak CNY ni, seronok tengok orang shopping sana sini bawa family. Tapi yang tak tahannya kena handle anak-anak bila di tengah-tengah orang ramai... ! Seronok seronok juga tapi kalau sampai anak dah terlepas dari tangan ibu ayah time memilih barang ... yang tu memang boleh mengundang trauma!




Semalam kakak ada kem bistari solat dari pagi sampai petang. Kebetulan aku ada review job di Sunway Pyramid, maka si Mira jadi mem besor la sepanjang hari tu hehe. Syok la dia dapat mengekor ibu ayahnya ke mana-mana ... takpe kak nanti ibu fikirkan something special tu kakak yek!




Betapa lamanya aku tak menyinggah di Sunway Pyramid ni ... last jejak kaki tahun 2004 hehe. Yang Mira masuk-masuk je shopping mall terus teruja tengok 'uncle' itik ni ... terus aku amikkan gambar posing lentik dia! haha.

Habis job review, Pak Jelan ajak masuk dalam satu kedai kasut. Kalau tak silap aku Payless ShoeSource kat tingkat LG1. Memula layan cuci-cuci mata je kat sini, memang cantik dan brand pun boleh tahan macam Airwalk, Champion dll. Kalau tengok pada harganya ,,, aku mampu tengok je tapi semalam ada SALE sampai 70% ... mula pasang hajat nak cari sneakers sepasang tuk diri ini! hehe.




Tak dinafikan pilihan kasut kat sini boleh bikin rambang mata! Kasut tuk lelaki ada, wanita ada, kanak-kanak ada, bayi pun ada! Tapi yang bestnye aku tengok kasut budak-budak kat sini cantik-cantik woo! 

Yang Pak Jelan dok tenung harga kat kotak kasut budak-budak ... sekali ada kasut yang harganya RM15! Tapi kat dalam kasut tu ada tag harga RM76 ..! So, yang mana satu aku tanya. Dia suruh aku pi tanya kat kaunter. Akuuuu jugak!





Akhirnya sneakers ni jadi milik adik ..! Check kat kaunter katanya harga bukan RM15 dah tapi dah jadi RM10! Seriusssss??? haha. Suke giler ibu camni dik ... haha.




Dah cari kasut adik, takleh la nak biarkan kakak ternganga sorang takda kasut kan. Carikan jugak le sepasang lagi .. kali ni Pak Jelan punye task jugak la ye hehe. Mata helang betul Pak Jelan ni ... kalau harapkan mata rabun ibu memang tak merasa la kasut tuk kakak dan adik hehe.

Cari punye cari Pak Jelan jumpa lagi sepasang kasut yang ada tag harga RM15! Tapi sama gak cam kes tadi ... dalam kasut tag harganya RM76 haha. Cam biasa la Pak Jelan suruh akuuuu jugak gi tanya kat kaunter hehe.

Dan akhirnya konfirm kasut ni berharga RM15! Apo layi ... memang sah la kasut ini jadi kepunyaan kakak .. yeeehaaaa! Melaram habis la anak-anak aku dengan kasut barunya. Ibu punye kasut tak jumpo layi! >.<




Tengah dok belek-belek sneakers kat situ, si adik datang bawak kasut tumit tinggi ala-ala but kasi kat aku. Pakai la bu ... bawak gi keje

Amboiii ... high taste sungguh ko dik haha. Kalau ibu pakai gini gi pejabat alamatnya orang kat pejabat tu tak jadi buat keje hehe. Ibu dah cukup ketinggian dah dik .. setakat nak menerai dalam kedai boleh le. Nak berjalan di luar ala-ala catwalk model ... ibu is shy maaaa ekekeke :P




Mission accomplished! tapi tuk anak-anak je la ... kasut aku tak berjumpa sampai ke sudah hehe. Kalau ada yang berkenan, saiz pulak kecik. Kalau ada yang suka harga pulak mampu tengok je hehe. So, next time la kita shoe hunting lagi yek. Seronok shopping kat kedai ni, staff dia sangat friendly dan kalau kita ask for assistance dia sedia membantu. Good job! *thumbsup*


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. saya pun tak suka kalau bawak anak2 sekali. ye la, kita nak memilih kasut, anak2 lari ke sana ke mari. selalunya g soping sorang2 ja. hehehehee. nanti anak2 dah besar sikit la, mungkin dalam 5 tahun boleh bawak g soping sekali :D

    ReplyDelete
  2. ish, banyaknya kasut! beli kat mana tu? :-) http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html?m=1

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM