Silap Percaturan!

Tuesday, February 10, 2015


Assalamualaikum!


Keluar mulut singa masuk mulut buaya! Haaa gitulah alkisah hikayat petang semalam haha. Inilah punca utama kenapa aku 'lari' ke Kuantan 10 tahun yang lalu! Aku rela tinggalkan KL .. tempat aku membesar semata-mata nak lari dari 'masalah' yang satu ni!

Indahnya kehidupan di Kuantan ... rumah sebelah pangkalan TUDM. Jarak opis dengan rumah hanya 5 minit! Time tu aku takda kereta lagi .. baru nak mula membina kerjaya tetap di sana. Pergi keje hanya dengan berbasikal!

Tak pernah aku malu pergi keje ngan basikal. Malah aku rasa bebas dan sihat! Keje syif pagi naik basikal, keje syif malam naik basikal. Umah ngan opis bukan jauh sangat .... tak sampai 2km pun ... hanya perlu lepasi pemeriksaan provos di pintu masuk belakang. Tapi kalau pintu belakang tutup, aku terpaksa berbasikal ke pintu gerbang utama di depan. Kalau kayuh basikal tepi jalan tu, lori lalu memang bergoyang-goyang basikal aku hehe.

Oh kenangan ... kehidupan sederhana di sana mengajar aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki. Moga aku tak lalai dengan kesenangan duniawi.

Transfer ke KL .. semuanya berubah! Well, aku memang patut dah jangka semua ni. Situasi trafik di KL ni memang takkan pernah berubah. 



Petang semalam Jalan Loke Yew mengalami jem luar biasa! Aku syak Jalan Tun Razak pun jem sebab dua-dua lorong kereta tak bergerak! Otak ni mula la ligat mencari alternatif jalan lain yang boleh aku amik untuk lepaskan diri dari trafik jem ni!

Dah la time ni drama Korea The Feast of Gods dah nak start haha. Tak boleh tunggu lagi .... aku amik susur keluar ke Jalan Pudu dan amik shortcut lalu depan AEON Taman Maluri. Satu yang bestnye pasal Desa Pandan ni, ko boleh guna banyak jalan alternatif untuk masuk ke sana. Dari Cheras boleh, dari Pandan Jaya boleh!




Tapi aku silap! Depan AEON Taman Maluri pun jemmmm! Pembangunan MRT kat sini tengah rancak berjalan dan ada bangunan baru sebelah IPD Cheras masih dalam proses pembinaan. Silap percaturan ... what to do?? Arrghhh .... bertambah stress aku lalu sini! haha. Camne la orang yang hari-hari guna jalan ni nak ke Cheras yek. Pagi petang confirm jem jalan ni!

Nak tak nak terpaksa gak la aku redah jugak. Nak masuk ke kiri sebenarnya .. dan terus ke Taman Maluri di belakang. Tembus situ dah sampai Desa Pandan! 

Haihh... kul 7pm aku sampai umah semalam T_T. Alhamdulillah ... sampai jugak la tu kan hehe.

Tak tau la petang kang camne ... harap-harap tak jem teruk lagi huhu.


You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. tulah yang taknak bila kehidupan di KL kan...jammed sana sini..balik dengn kepenatan drive je

    ReplyDelete
  2. biasalah duk kl kan.. kenalah hadap menda2 ni

    ReplyDelete
  3. Hehehhe. Patut la ramai kawan kat kl lebih senang pakai motosikal. :)

    ReplyDelete
  4. kesilapan tu lah mengajar kita kan.. nanti dh tahu lah hehehe.. dh follow ye :)
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Antara sebab kenapa tak nak kerja di KL .. hoho

    ReplyDelete
  6. hari ahad lepas saya stuck dekat depan batu caves tu dekat 2jam..gilos betull...huhu

    ReplyDelete
  7. blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete
  8. meh ikut aku duk kuala kangsar meh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dah ngan umah mak mentua aku tu ... tunggu aku transfer sana lak yek haha :D

      Delete
  9. Jem di KL tu macam dah jadi makanan harian ye Hanim... lari ikut mana pun jumpa juga jem ni... kalau jem sapu kat roti sedaplah juga kan Hanim :)

    ReplyDelete
  10. kereta dah jadi rumah no 2 gaya nya..kan?/heheh..

    ReplyDelete
  11. Kl x blh jgka jem nya... huhu... hdp je la kan..

    ReplyDelete
  12. Begitu lumrah hidup di kl... Hehe jammed dan kl berpisah tiada... Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM