Terjebak Dengan Feast of Gods!

Wednesday, February 11, 2015


Assalamualaikum!

Last drama Korea yang aku tengok ialah citer Full House. Citer ni rasanya semua orang tahu dop. Sapa hero dan heroinnya jangan tanya aku, sebab aku tak amik port sangat pasal profile diaorg hehe. Boleh tahan best jugak citer dia, tapi selain citer dia lagu tema citer ni pun aku suka. Tapi suka-suka gitu je la ... takda la sampai nak menghafal senikata bagai! huhu.




Sebetulnya, aku bukan peminat citer drama Korea ni. Maksud aku, aku bukan peminat tegar ...! Yang mana jalan citer tak lembap atau boring sangat tu aku tengok la hehe. Citer Korea ni kalau ko nak faham dan layan bebetul, ko kena tengok dari awal. Kalau ko tengok dah separuh episod ... alamat memang ko tak faham la kenapa citer dia jadi begitu dan begitu hehe. 

Back to Feast of Gods ni, drama yang telah berusia 3 tahun ni memang mempunyai perjalanan citer yang menarik! Citer dia pasal masak memasak je .. tapi rupanya bukan sekadar masak memasak yang biasa ...tapi perjuangan dalam mempertahankan budaya dan tradisi masakan masyarakat Korea dari tangan-tangan durjana! haha. Melampau ke sinopsis aku ni?? ... tak kan ? hahaha. 

Lagi satu, dalam citer ni ada gabungan pemakaian moden dan tradisional masyarakat tempatan. Suka tengok baju ala-ala kimono tapi bukan kimono yang diaorg pakai tu. Dan, citer ni takda unsur-unsur ganas bertumbuk bergaduh sampai masuk hospital bagai ... juga kalau diaorg marah pun dialog dia macam takda tanda seruan! haha. Muka tu marah macam tak marah je ... paling tidak pun muka masam hehe.

Yang bestnya, aku suka tengok time diaorg memasak ... adab memasak tu ... cara pegang senduk, cara susun bahan-bahan, cara jirus air dalam mangkuk pun sopannnn je! memang ohsem walhal berlakon je pun hehe.

Apakah pengakhiran citer Feast of Gods ni? Sama-sama kita nantikan ya! hee :D

Korang layan jugak ke citer ni? Kalau ye gimme five! :p

You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. dah lama kot tak tengok cerita korea...

    ReplyDelete
  2. Macam best je. Nanti nak try tengok. Sbb ena pun jenis bukan pelayan cerita korea

    ReplyDelete
  3. cerita ni sedap...skang layan pinocchio..punch dengan temptation...syiokk...memang peminat tegar kdrama saya nih..hahahaha

    ReplyDelete
  4. mm xprnh tgk.. hehe tp klau movie korean dh byk tgk.. hehe ..

    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    ReplyDelete
  5. saya pun suka. malas nak tengok kat online, hehe. tapi tak syok sebab tv9 dah tukar waktu siaran. dah la habis keja pukul 6ptg, balik rumah sampai 6.30. nak main dgn anak2 mcm tak best nak layan tengok. hehehe

    ReplyDelete
  6. banyak belajar resepi tak dalam drama ni? hehe

    ReplyDelete
  7. Dia tak leh mula... klu mula mst terjebak sama... hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM